Kim Jong-un Dilapor Sedang Koma, Pemerintahan Kini Diambil Alih Oleh Adiknya

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un kini dipercayai sedang berada dalam keadaan koma. Berita ini mula tular selepas seorang bekas pegawai Korea Selatan memberitahu media yang pemimpin itu telah menyerahkan sebahagian kuasa pemerintahan kepada adik perempuannya, Kim Yo-jong beberapa hari lalu.

Chang Song-min selaku bekas pembantu Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jung mendakwa bahawa Jong-un sakit teruk selepas spekulasi mengenai penampilannya yang kurang memuaskan sejak awal tahun lalu.

“Saya berasakan dia (Jong-un) sedang berada dalam keadaan koma, tetapi dia masih lagi hidup,” kata Song-min kepada media Korea Selatan.

Sumber: ThePrint

Pada masa yang sama, Song-min menambah yang Yo-jong sentiasa bersedia untuk membantu memimpin negara.

“Struktur penggantian yang lengkap belum terbentuk, jadi Yo-jong dibawa ke depan kerana kekosongan tidak dapat dipertahankan untuk jangka waktu yang lama,” katanya.

Sebelum ini, desas-desus mengenai tahap kesihatan Jong-un terus diperkatakan orang ramai apabila dia hanya dilihat beberapa kali sahaja sepanjang tahun ini selepas dikaitkan dengan pembedahan jantungnya pada April lalu.

Apa yang menguatkan lagi dakwaan orang ramai adalah apabila Jong-un tidak menghadiri sambutan ulang tahun datuknya, Kim II-sung yang juga merupakan presiden dan pengasas Korea Utara pada 15 April lalu. Tarikh berkenaan adalah antara detik paling penting dalam kalendar politik negara itu.

Untuk rekod, Jong-un yang berusia 36 tahun itu tidak muncul di khalayak ramai sejak mempengerusikan mesyuarat bersama Parti Politburo pada 11 April lalu.

Tidak lama selepas itu, Jong-un ada melawat sebuah kilang baja tetapi penampilannya menjadi topik perbualan hangat warganet selepas visual yang tular dikatakan hanyalah body double dan bukannya dia sendiri.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan Jong-un, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca