Kilang Minyak Sawit Terbakar, 50 Anggota Bomba Kerah Tenaga

kilang-minyak-sawit-terbakar-50-anggota-bomba-kerah-tenaga
kilang-minyak-sawit-terbakar-50-anggota-bomba-kerah-tenaga
Sumber: Kosmo

Terbaru, satu kebakaran telah berlaku di sebuah kilang menyimpan minyak kelapa sawit yang terletak di Sungai Jawi, Nibong Tebal.

Kira-kira 50 anggota bomba terlibat bagi memadamkan kebakaran selain proses mengawal saki-baki bara pada kilang berkenaan.

Difahamkan dalam kejadian kebakaran yang berlaku Rabu lepas, usaha overhaul atau memadamkan kesan kebakaran sepenuhnya masih dijalankan. Hampir keseluruhan kilang tersebut musnah.

Menurut kenyataan jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, kilang berkeluasan kira-kira 4,150 meter persegi itu mengambil masa yang lama bagi kerja-kerja overhaul disebabkan terdapat bara api di bawah timbunan sisa buah kelapa sawit.

“Ia bagi mengelakkan api merebak semula. Kerja overhaul masih berbaki kira-kira 40 peratus setakat malam Rabu.”

“Kira-kira 70 peratus anggaran kemusnahan yang berlaku dalam kejadian itu”.

Ketua Balai Bomba Nibong Tebal, Noor Asfariza Mohamad Abdul Kadir berkata, sehingga kini, pihaknya masih menjalankan kerja-kerja pemantauan di lokasi kejadian untuk memastikan tiada kebakaran baharu.

Menurutnya, terdapat lapan jentera bomba berada di lokasi kejadian untuk kerja overhaul dan keadaannya adalah terkawal.

“Kilang penyimpanan minyak sawit merupakan kawasan yang mempunyai hampas kelapa (sekam). Jadi atas faktor ini, kita perlu memantau lebih ketat untuk memastikan tiada bara api pada yang boleh menyebabkan kebakaran baharu berlaku.”

“Tambahan lagi, faktor keluasan kawasan kebakaran dan angin kuat boleh menyebabkan berlaku kebakaran lain jika tidak dikawal dengan baik.”

“Hal ini amat membimbangkan, namun pemantauan akan dijalankan dengan lebih ketat bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, kerja-kerja overhaul perlu mengambil masa yang agak lama disebabkan faktor tekanan air yang rendah.

“Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan kira-kira lima jam kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut”, katanya ketika dihubungi semalam.

Operasi yang dijalankan oleh kira-kira 50 anggota dan pegawai itu membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal.

Selain itu, dibantu BBP Sungai Bakap, Perai, Jalan Perak, Bayan Baru, Bandar Perda serta Kepala Batas. Memetik laporan daripada portal rasmi Kosmo! Online.

Pada pukul 12.34 tengah malam Rabu, pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut laporan daripada Kosmo! Online baru-baru ini, kebakaran sebuah kilang penyimpanan minyak sawit tengah malam Rabu lepas menggemparkan penduduk sekitar Sungai Jawi, Nibong Tebal apabila api sedang marak dilihat menjulang ke udara.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca