5 PERKARA TENTANG BADAL HAJI/UPAH HAJI
1. Badal ertinya “Ganti” atau “Pengganti”. Jadi, Badal Haji bermaksud menggantikan orang lain dalam melaksanakan haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian.
2. Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta, maka hukumnya wajib bagi waris atau anak-anak untuk melaksanakan Badal Haji bagi si mati.
3. Kalau ia tidak ada harta peninggalan, tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah lebih baik.
4. Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya:
“Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: “Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?”
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Apakah kamu anaknya yang paling tua?”
Jawabnya: ”Ya!”
Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tunaikanlah haji untuknya.” – Riwayat Ahmad dan Nasai.
5. Kepada mereka yang mempunyai kemampuan dari sudut kewangan dan syarat-syarat wajib yang lain namun tidak berkesempatan untuk melakukan ibadah tersebut kerana telah meninggal dunia atau jatuh sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh, Islam mengharuskan ibadah hajinya dikerjakan oleh orang lain dengan pembiayaannya diambil daripada harta si mati atau orang yang mengalami keuzuran tersebut.
Perkara lanjut berkenaan Badal Haji atau turut disebut sebagai upah haji dalam kalangan orang Malaysia ini bolehlah dirujuk kepada ustaz dan ustazah atau mereka yang ahli dalam ilmu agama.

Jika ada sebarang persoalan berkenaan Badal Haji atau untuk melaksanakan Badal Haji, bolehlah menghubungi:
1. Hajah Zam 012-9389944
2. Haji Asri 012-3596694

Harga Badal Haji/Upah Haji 2020 (1441H) adalah RM2,000.