Boleh Ubati Alahan? Ini 8 Khasiat Madu Yang Tidak Diketahui Ramai

Madu bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi ia turut mempunyai pelbagai kegunaan lain seperti merawat penyakit. Kami kongsikan lapan khasiat madu yang tidak diketahui oleh orang ramai:

1. Madu boleh hilangkan jerawat di muka

Sumber: Rachael Devaux

Untuk wanita yang mahukan kulit wajah licin dan bebas daripada jerawat, anda boleh menggunakan madu dan kunyit.

Pertama, anda perlu menumbuk kunyit itu dahulu sebelum menggaulkan kedua-dua bahan itu sehingga sebati. Kemudian, anda sapukannya pada kulit muka dan biarkan selama 30 minit.

Sekiranya anda mengamalkan rutin ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, anda boleh mengecilkan dan menghilangkan parut jerawat di wajah dan sekali gus menghilangkan jerawat di muka anda.

2. Madu sebagai sumber vitamin dan mineral

Madu asli mengandungi vitamin C yang mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan. Selain itu, madu asli turut mengandungi kalsium yang boleh menguatkan tulang dan mengandungi zat besi untuk membantu kelancaran sistem peredaran darah anda.

3. Madu menambahkan jumlah sel darah merah dalam badan

Anda tidak perlu bersusah payah mencari ubat atau akar kayu untuk menambahkan sel darah merah dalam badan sebaliknya anda hanya perlu minum air yang dicampur dengan madu.

Selain itu, kajian juga telah membuktikan bahawa anda akan menjadi lebih produktif apabila mengamalkan pengambilan air bersama madu setiap hari sebelum sarapan.

4. Madu sebagai penawar batuk

Madu boleh menenangkan tekak daripada berasa gatal dan mengurangkan kahak sekiranya anda makan satu sudu sebelum tidur.

5. Madu kurangkan simptom alergi

Madu diperbuat daripada bunga dikenali sebagai pollen honey. Ia boleh mengubati alahan kerana badan anda akan menghasilkan imuniti kepada tindak balas madu tersebut.

Anda juga perlu memastikan bahawa madu yang digunakan itu betul-betul asli kerana ia mungkin mempunyai kesan sampingan yang berbeza daripada apa yang anda jangkakan.

Bukan sahaja pollen honey boleh mengurangkan simptom alergi dalam diri, tetapi ia juga berkesan dalam mengurangkan kesakitan yang berpunca daripada alahan.

6. Madu mampu atasi masalah kelemumur dan keguguran

Masalah kulit kepala seperti kelemumur dan dermatitis sangatlah mudah untuk diatasi sekiranya anda sapu madu di sekitar kawasan yang mengalami gatal atau di seluruh kepala dan biarkannya selama 30 minit setiap hari.

Untuk mereka yang mengalami kecederaan, anda hanya perlu sapukan madu pada kawasan yang tercedera dan biarkan sehingga kering kerana ia akan pulih dengan kadar yang segera.

7. Madu sebagai prebiotik

Prabiotik dan prebiotik ialah dua perkara yang berbeza. Untuk pengetahuan anda, prabiotik di dalam yogurt membantu untuk mempercepatkan proses pencernaan.

Namun, prebiotik pula membawa maksud madu bertindak sebagai makanan kepada bakteria untuk memperbanyakkan jumlah bakteria yang sihat di dalam badan anda.

8. Madu boleh merawat pelbagai penyakit

Kajian mendapati bahawa madu berupaya untuk merawat ulser dan pelbagai penyakit. Selain itu, madu ini bersifat antibakteria dan boleh digunakan untuk merawat penyakit dan membuang infeksi atau jangkitan.

Di samping itu, madu terbukti boleh mengubati penyakit asma dan sekali gus menghilangkan penyakit ini secara perlahan-lahan tetapi penghidapnya perlu mengamalkan pemakanan madu ini setiap hari.

Berdasarkan lapan khasiat madu di atas, khasiat manakah yang paling menarik perhatian anda?

Penulis

  • Rohana Sidik adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca