Khasiat Dan Rahsia Di Sebalik Warna Buah Dan Sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja cantik dilihat oleh pelbagai warna tetapi juga mengandungi khasiat di dalamnnya dan boleh dijadikan panduan sebagai pemilihan makanan untuk kesihatan kita.

Ini kami kongsikan manfaat dan khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran melalui warnanya:

1.Merah

Sumber: Grid.id

Merah merupakan warna yang paling sering dilihat seperti epal, tomato, ceri, cili merah, strawberi dan raspberry. Pigmen utama yang memberikan warna merah ini, ‘Lycopene’ merupakan antioksidan yang berguna untuk mencegah kanser, serangan jantung, serta melindungi kesihatan prostat dan tisu payu dara. Kebanyakkan sayur dan buah yang berwarna merah selalunya mengandungi vitamin B, C, antioksida, fosforus dan kalsium.

2. Hijau

Sumber: lifestyle.bisnis

Warna ini merupakan warna yang paling banyak terdapat pada sayur dan buah-buahan. Antaranya seperti bendi, epal hijau, avocado, brokoli, kubis, kacang panjang serta daun pudina. Warna hijau merupakan warna yang kaya dengan khasiat yang mana dapat mengurangkan pertumbuhan sel barah serta mencegah pelbagai penyakit.

3. Putih

Sumber: akurat.co

Cendawan, bawang putih, lobak putih, bunga kobis dan durian belanda merupakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna putih . Ia mengandungi nutrien penting seperti serat potasium dan magnesium yang bagus untuk meransang enzim, melancarkan peredaran darah serta mengekalkan kesihatan tulang.

4. Biru dan Ungu

Sumber: klikdokter

Warna lain bagi sayur dan buah-buahan yang bewarna ungu kebiru-biruan adalah seperti terung, anggur, kismis, ubi keledek, dan prune. Kandungan ‘anthocyanin’ adalah punca yang menghasilkan warna pada buah dan sayuran tersebut. Khasiat pada buah dan sayuran berwarna ini dapat memberi kebaikan kepada kesihatan jantung, kulit dan melancarkan peredaran darah.

5. Kuning dan Jingga

Sumber: Nakita.ID

Warna gabungan ini kebiasaanya menjadi kesukaan ramai seperti buah oren, lobak, betik, nanas, jagung dan labu yang bagus untuk penglihatan mata. Malahan, ia juga mengandungi vitamin C yang memberi kelebihan kepada kecantikan, meningkatkan daya ketahanan, melancarkan pencernaan, perkembangan dan juga pertumbuhan badan.

Setelah mengetahui rahsia dan khasiat pada warna-warna tersebut diharapkan anda dapat memilih serta memaksimumkan pengambilan sayuran dan buahan dalam kehidupan seharian. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Penulis:

  • Nurul Sufiah binti Ab Majid adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel yang berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca