Khas Untuk Jenazah Yang Mahu Bergaya Ke Liang Lahad, Lelaki Ini Cipta Keranda Unik Bagi Pelanggannya

Tahukah, anda? Terdapat seorang lelaki berkerjaya sebagai pereka keranda paling ekstrem di Ghana. Lelaki bernama Paa Joe ini dikatakan telah mencipta pelbagai jenis keranda dengan reka bentuk yang sangat menarik walaupun sedikit aneh.

Antara rekaan keranda yang menjadi tarikan pelanggannya ialah kasut Air Jordan dan beg tangan jenama Louis Vuitton x Supreme.

Jika diperhatikan, kebanyakan keranda yang dicipta oleh Paa Joe ini tidak tetap dengan satu rekaan. Ini kerana, rekaan keranda tersebut dibuat berdasarkan permintaan pelanggannya yang kebanyakan amat menggilai fesyen dan barangan berjenama.

Keranda dengan pelbagai reka bentuk bukanlah sesuatu hal yang baharu di Ghana. Untuk pengetahuan anda, sudah menjadi tradisi mereka untuk melangsungkan upacara pemakanan dalam tempoh yang panjang dan lama. Maka, mereka seharusnya kelihatan bergaya meskipun itu adalah upacara kematian.

Mengikut adat dan budaya yang mereka patuhi, kematian akan diraikan dengan kebahagiaan. Maka, tidak hairanlah jika mereka amat mengambil berat akan reka bentuk sesuatu keranda.

Bakat mencipta keranda dengan pelbagai reka bentuk ini telah dipelajari oleh Paa Joe daripada ayahnya sewaktu berusia 16 tahun lagi.

Paa Joe sememangnya bukan calang-calang orang lagi dalam kalangan masyarakat di Ghana kerana hasil kerja beliau pernah dipaparkan di Pompidou Centre di Paris, V&A di London dan Museum Brooklyn di New York.

Menurutnya, acara pengebumian seharusnya diraikan dengan sebaiknya kerana kita sebagai rakan dan ahli keluarga mereka akan menghantar si mati ke destinasi terakhir dengan cara yang paling bergaya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca