Siapa dekat sini yang suka bayar sedikit tapi boleh dapat lebih? Ha, mestilah semua orang suka bukan? Jadi hari ni penulis nak kongsikan dengan anda semua terutamanya para wanita dekat luar sana.
Memandangkan hari ini adalah hari Rabu, ada berita baik buat para wanita! Pada setiap hari Rabu bermula jam 6 petang hingga 10.30 malam, I Am Lejen Shop mengadakan ‘Ladies Night’ di mana anda boleh membeli ‘book buffet’ dengan harga RM50 sahaja. Apa yang menariknya mengenai ‘book buffet’ ini ialah anda boleh sumbat sampai penuh tau!
Bagi yang tidak pernah sampai ke I Am Lejen Shop, sumbat sampai penuh bermakna anda boleh ‘menyumbat’ seberapa banyak buku menggunakan bekas yang telah disediakan.
Apa yang istimewanya mengenai ‘Ladies Night’ ni? Biasanya harga bagi ‘book buffet’ ialah RM55 bagi bukan ahli dan RM50 bagi ahli. Namun, semasa Ladies Night, harga bagi ‘book buffet’ ialah RM50 sama ada anda seorang ahli ataupun bukan. Menarik bukan?
Macam mana kalau lelaki pun nak beli? Jangan risau abang-abang dekat luar sana. Anda boleh bawa teman wanita, adik, kakak malahan ibu anda sekalipun sempena ‘Ladies Night.’ Selagi ada pasangan wanita yang menemani anda pada ‘Ladies Night’ anda layak mendapatkan tawaran harga RM50 bagi ‘book buffet.’
Ha, kalau macam tu jangan lepaskan peluang untuk borong buku di I Am Lejen Shop okay! I Am Lejen Shop terletak di SS15 Subang Jaya atau waze sahaja I AM LEJEN SHOP untuk sampai ke sini.
Selamat Melejen!