Khalid Samad Ungkit Pemberian Kerusi Amanah Kepada Bersatu

Naib Presiden Parti Amanah Negara iaitu YB Khalid Samad mengungkit pengorbanan Parti Amanah Negara (PAN) yang menyerahkan kerusi parlimen kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Menurutnya, bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman diberi peluang untuk bertanding di Parlimen Muar dan juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Katanya di Parlimen Muar, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai sokongan yang kuat namun mereka memberikan peluang untuk PPBM yang turut berpotensi untuk menang.

Memetik daripada akaun Twitter peribadinya, dia mengatakan Syed Saddiq menang dengan majoriti 6,000. Daripada 22,000 undi Syed, hampir 80% daripada PKR, PAN dan juga Democratic Action Party (DAP).

Kata Khalid lagi, begitu juga dengan kerusi Parlimen Titiwangsa yang diserahkan kepada Rina yang mana pada asalnya ia adalah milik PAN.

Beliau juga mengatakan PPBM tiada apa-apa jentera kecuali jentera Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PAN, PKR dan juga DAP.

Berikutan dengan itu, beliau berharap mereka kembali ke pangkuan PH.

Untuk baca artikel lain berkenaan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca