KFC Pernah Perkenalkan Pengilat Kuku Perisa Ayam Goreng

 ‘Sedap hingga menjilat jari’

Cawangan Kentucky Fried Chicken (KFC) di Hong Kong merealisasikan slogan itu dengan menghasilkan pengilat atau pewarna kuku berperisa ayam goreng.

Mengikut perkongsian Adweek, agensi kreatif Ogilvy & Mather telah bekerjasama dengan McCormick, sebuah syarikat teknologi makanan yang menyediakan ramuan rahsia ayam goreng KFC iaitu 11 campuran herba dan rempah ratus bagi menghasilkan pengilat kuku tersebut.

Pewarna kuku itu berasaskan bahan semula jadi, tanpa bahan toksik dan dihasilkan dalam dua perisa KFC; Original dan Hot & Spicy.

Para pengguna akan memakai pewarna kuku edisi terhad ini seperti biasa dan selepas kering, boleh menjilatnya seperti baru lepas makan ayam goreng.

Projek ini bertujuan untuk menarik perhatian golongan muda terhadap jenama rangkaian restoran makanan segera itu dan video muzik dalam talian turut diterbitkan.

Produk tersebut menerima pelbagai reaksi masyarakat, daripada ‘Wow’ hinggalah kepada rasa ‘Euww’.

Untuk baca lagi artikel tentang KFC, anda boleh klik pautan artikel di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca