Kewujudan Makhluk Halus Tidur Bersebelahan Anak, Wanita Ini Cemas Sehingga Tidak Lena Tidur

Seorang wanita bernama Maritza Elizabeth berkongsi pengalaman seramnya apabila tidak sengaja terlihat hantu yang menyerupai bayi berada di katil bersebelahan dengan anak lelakinya sewaktu sedang tidur.

Menerusi posting di akaun Facebooknya, Maritza berasa begitu kaget apabila melihat susuk hantu bayi itu sewaktu meninjau monitor yang menyiarkan rakaman dalam bilik anaknya.

Rakaman video yang dilihatnya itu secara tidak langsung membuatkan hati nurani seorang ibu menjadi semakin tidak tenang. Bahkan, dia juga tidak dapat tidur dengan lena pada malam tersebut.

Suri rumah ini kemudiannya memberanikan diri untuk menyiasat dan menjenguk keadaan anaknya di ruangan berkenaan.

Walau bagaimanapun, wanita ini menemukan sesuatu yang melucukan apabila rupa bayi yang dikiranya sebagai hantu itu ternyata merupakan pelekat bergambar anak kecil pada tilam anaknya.

Setelah melakukan pemeriksaan di ruangan tersebut, dia mendapati bahawa suaminya lupa untuk memasang cadar pada katil anaknya selepas membersihkan pelindung katil yang lama.

Jelasnya menerusi akaun Facebook, wanita ini berasa seakan ingin membunuh suaminya berikutan kecuaian lelaki itu sehingga berjaya menakutkan dirinya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca