Keunikan Menara Berkembar Kereta Volkswagen Di Jerman

Pasti ada dalam kalangan anda yang tidak tahu kewujudan menara berkembar di Jerman bukan? Jadi kami ingin kongsikan kepada anda semua, apa yang menarik tentang menara tersebut.

Kalau anda ingin tahu, menara berkembar ini dibina khas sebagai tempat letak kereta Volkswagen yang paling canggih dan moden di dunia bertempat di Autostadt bersebelahan dengan Wolfsburg, Jerman.

Dua menara berkembar Autodstadt ini merupakan menara kereta bercirikan automatik sepenuhnya, yang mampu menyusun kereta dengan kemas dan memiliki reka bentuk yang sangat unik, pastinya menara sebegini mampu menjimatkan ruang. Menara ini juga boleh menampung sehingga 400 kereta Volkswagen.

Ketinggian menara kereta Volkswagen ini setinggi 20 tingkat (48 meter). Dibina pada tahun 2000 dan telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 2.15 billion di kawasan seluas 25 hektar.

Jika anda adalah seorang pengguna Autostadt, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk meletakkan kenderaan di tempat lain, kerana menara ini mempunyai lif transparen khas (kaca) yang dapat menampung sehingga 6 orang pada satu-satu masa. Lif khas ini mengambil masa selama 15 minit untuk sampai ke bahagian atas menara. Di samping, terdapat terowong khas dibina sepanjang 70 meter bagi menghubungkan menara ini dengan bandar Wolfsburg.

Jadi, jika anda ke Wolfsburg, jangan lupa untuk kunjungi menara tersebut dengan merasai sendiri suasana di dalamnya.

Semoga para pembaca dapat memanfaatkan segala maklumat yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Sumber: Dunia Lucky

Artikel Lain Untuk Di Baca