Keunikan ‘City Of Roses’, Bunga Mawar Merah Jambu Mekar Di Bulan Suci Ramadan

Terletak di Arab Saudi, bandar Taif merupakan pusat tumpuan pelancong yang terkenal di dunia. Dilabel sebagai Al-Ta’if: The City of Roses, bandar ini juga menjadi pilihan orang ramai sebagai tempat kebudayaan masyarakat tempatan. Tarikan umumnya berpaksikan taman bunga yang dikelilingi bunga mawar segar dan berwarna-warni.

sumber: Condé Nast Traveller

Musim bunga di Taif akan ditunggu-tunggu dengan penuh rasa teruja kerana setiap tahun, bunga mawar ini akan kembang mekar. Taif merekodkan sekurang-kurangnya 300 juta bunga mawar mekar di lebih 800 ladang tanaman bunga sekitar bandar ini. Pemandangan lapang padang pasir di Arab Saudi ini dihidupkan dengan haruman dan kecantikan merah jambu.

Berlainan daripada kebiasaan sebelumnya, musim menuai di Taif pada tahun ini jatuh pada bulan mulia umat Islam berpuasa. Bulan April khususnya ditaklukkan kepada proses penuaian untuk penghasilan minyak pati yang digunakan bagi membersihkan dinding luar Kaa’bah. Minyak ini turut digemari masyarakat Muslim di Arab Saudi dan juga bagi mereka yang berkunjung ke bandar ini.

Peroleh keberkatan berpuasa, bulan suci Ramadan di Taif, Arab Saudi menjadi lebih bermakna dengan fenomena bunga mawar indah ini. Semoga kita semua juga dapat melihat kecantikan dan keunikan City of Roses ini pada masa hadapan.

Baca artikel-artikel menarik ini:

Sumber: theSundaily

Artikel Lain Untuk Di Baca