Burung kakak tua disifatkan antara spesies burung yang paling bijak kerana ia mampu meniru pelbagai bunyi dan mampu berkata-kata. Tambah mengagumkan, spesies ini seolah-olah tahu bila masa yang sesuai menggunakan perkataan tertentu sebelum mengucapkannya.
Walau bagaimanapun, itu tidaklah bermakna burung ini mampu memahami percakapan manusia atau mampu “bercakap” seperti manusia. Sebaliknya, ia hanya mampu meniru dan mengulangi percakapan manusia. Pernahkah anda tertanya, apakah rahsia di sebalik ciri atau kemampuan burung kakak tua ini?
Salah seorang saintis untuk kajian ini, Dr Mukta Chakraborty dari Duke University berpendapat penemuan ini membuka lebih banyak peluang untuk memahami bagaimana burung ini mampu memproses informasi yang diterima dan apakah mekanisma yang membolehkannya meniru bunyi ucapan manusia. Menariknya, mereka menemui terdapat keunikan pada struktur atau bahagian otak burung ini yang menjadikannya teori awal bagaimana burung ini boleh bertutur seperti manusia.
Selain itu, terdapat juga pita rakaman ataupun cakera padat yang dapat membantu burung anda meniru perkataan dan ayat dengan memainkannya selama beberapa minit setiap hari beberapa kali sehari. Burung ini juga berkemampuan meniru ayat dan perkataan yang sering didengarinya daripada radio atau televisyen.
Namun, apabila burung ini diletakkan di dalam sangkar, ia tidak mempunyai pilihan selain mengadaptasi dengan persekitarannya. Dalam hal ini, ianya akan meniru percakapan manusia. Dengan meniru percakapan manusia, burung ini percaya mereka akan menjadi sebahagian daripada komuniti manusia itu sendiri.
Walau bagaimanapun, kebolehan burung ini meniru percakapan manusia bukanlah kebolehannya yang semulajadi. Ya, benar. Sebaliknya, pemilik burung ini perlu mengajarnya untuk meniru percakapan mereka. Paling baik jika ia diajar sejak daripada kecil.
Dalam erti kata mudah, anda perlulah mengajar burung ini meniru percakapan anda seumpama anda mengajar anak-anak anda bercakap. Namun, pastikan setiap sebutan perlulah jelas dan tidak pelat. Jika pelat, maka pelatlah bunyi setiap perkataan yang dituturkan oleh burung anda kelak.
Sumber: Dark Of Mystery, The Telegraph