Ketulan Daging Jatuh Dari Langit, Ini 6 Fenomena Hujan Paling Pelik Di Dunia

Hujan merupakan suatu fenomena alam yang mendatagkan pelbagai manfaat kepada seluruh alam semesta. Selain mampu menyuburkan tanaman, ia juga dapat menyejukkan udara di muka bumi.

Namun begitu, terdapat beberapa hujan yang turun di bumi ini dapat diklasifikasikan sebagai pelik dan aneh.

Berikut merupakan enam fenomena hujan paling aneh yang pernah berlaku di dunia.

1. Hujan labah-labah

Hujan labah-labah merupakan fenomena aneh yang terjadi di Brazil. Insiden berkenaan berjaya dirakan lensa kamera seorang lelaki bernaha Joao Martinelli Fonseca ketika dia sedang meluangkan masa bersama keluarganya.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira ratusan labah-labah yang turun dari langit di Minas Gerias. Hujan aneh berkenaan mengejutkan semua penduduk di sekitar Brazil.

2. Hujan darah

Hujan darah merupakan kejadian alam yang sememangnya unik kerana ia hanya berlaku di beberapa buah negara di dunia seperti Rusia, Colombia, Amerika dan India.

Fenomena hujan darah ini tular di laman sosial dan telah menerima pelbagai reaksi dari warganet.

Menurut NASA Earth Observatory, fenomena ini pertama kali berlaku pada tahun 191 SM seperti mana yang telah diceritakan oleh sejarawan Roman iaitu Titus Livius. Kejadian aneh ini sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik.

3. Hujan kecebong

Peristiwa yang berlaku di Jepun ini digelar hujan kecebong oleh masyarakat Indonesia. Sehingga kini, tiada penjelasan kukuh yang mampu diberikan mengenai fenomena di mana ikan dan katak jatuh dari langit ini.

Namun begitu, terdapat segelintir individu yang berpendapat bahawa hujan yang pelik ini adalah disebabkan gangguan cuaca seperti puting beliung. Tetapi, tidak ada ahli atau pegawai meteorologi yang mengesahkan kebenaran kata-kata tersebut.

4. Hujan bangkai burung

Ribuan bangkai burung yang jatuh dari langit seperti hujan menggemparkan masyarakat yang tinggal di beberapa wilayah di Amerika Syarikat seperti Arkansas.

Fenomena aneh ini dikatakan telah berlaku semasa malam sambutan tahun baharu. Bangkai burung yang banyak dapat dilihat bertaburan di atas atap rumah, kaki lima dan tanah lapang.

5. Hujan ikan

Hujan ikan merupakan antara fenomena asing yang pernah berlaku di dunia ini.

Meskipun perkara ini menggemparkan penduduk di serata dunia, insiden ini sebenarnya sudah berlaku semenjak 10 tahun yang lalu di wilayah Honduras yang dikatakan mengalami ‘hujan’ ini hampir setiap tahun.

6. Hujan daging

Hujan daging mungkin kedengaran tidak masuk akal, namun itulah insiden sebenar yang pernah berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat.

Beberapa potong daging lembu dikatakan jatuh dari langit dan mengenai kepala seorang remaja.

Menurut pandangan sesetengah masyarakat, kejadian hujan daging ini mungkin berpunca daripada sekelompok burung bangkai yang sedang terbang usai menjamah bangkai haiwan yang sudah mati. Mereka kemudiannya memuntahkan daging-daging berkenaan sehingga mengenai manusia yang berada di tanah.

Jadi, apakah pendapat anda mengenai fenomena-fenomena ini?

Penulis:

• Nurul Atiqah binti Johari adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
• Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel lain mengenai perkara pelik di dunia, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca