Ketuhar Keluarkan Bau Aneh, Piza Ini Dimasak Bersama Seekor Ular

Hasrat sebuah keluarga yang menetap di Utara Carolina, Amerika Syarikat untuk menikmati sebuah hidangan ringkas di rumah mereka bertukar menjadi mimpi ngeri.

Kejadian ini berlaku selepas piza sejuk beku yang dipanaskan di dalam ketuhar itu turut dimasak bersama seekor ular!

Dikhabarkan bahawa ketuhar di rumah Amber Helm mengeluarkan asap bersama bau yang tidak menyenangkan sebelum wanita itu sedar akan kewujudan reptilia sepanjang 18 inci berkenaan.

Tambahnya, “Ketika ketuhar mengeluarkan asap, saya telah meminta kedua-dua anak saya untuk bersedia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan seperti kebakaran.”

Amber turut berkata, “Apa yang mengejutkan ialah bangkai ular tersebut adalah dalam keadaan bergulung di bawah piza berkenaan.”

Menurut Amber, ketuhar itu tidak digunakan untuk menyimpan apa-apa barang atau makanan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Amber mengaku bahawa dia tidak membuat pemeriksaan dengan teliti sebelum menggunakan ketuhar untuk panaskan makanan.

Jelasnya, “Ular tersebut mungkin masuk melalui lubang bahagian bawah ketuhar tetapi tidak pasti bagaimana ia boleh masuk ke dalam rumah.”

Dalam pada itu, Amber dan ahli keluarganya tidak lagi menggunakan sebarang peralatan di dapur selepas insiden tersebut sebaliknya mereka hanya makan di restoran.

Amber berkata bahawa dia telah meminta bantuan dari syarikat tempatan untuk melakukan pemeriksaan ke atas tempat tinggalnya supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai makanan aneh, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca