Ketua Polis Negara Nafi Tahu Tentang Video Intim Yang Dikaitkan Dengan Seorang Menteri

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mengesahkan tidak dimaklumkan berhubung keputusan Peguam Negara berhubung klip-klip video intim melibatkan seorang menteri Kabinet.

Menurut Abdul Hamid, pihaknya sedang menunggu perkembangan terkini daripada Pejabat Peguam Negara berhubung keputusan itu.

“Saya tidak tahu, keputusan muktamad dibuat oleh pihak Peguam Negara, bila sudah rasmi saya akan umumkan,” katanya ringkas.

Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan tiada pendakwaan akan dibuat pada mana-mana individu berhubung klip video yang tular, tahun lalu.

Selepas Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung dengan video berkenaan.

Dalam kenyataan itu, Tommy mengesahkan keputusan siasatan mendapati bahawa pengenalan identiti tidak boleh secara konklusif berdasarkan analisa pengecaman wajah yang dibuat di dalam dan di luar negara.

“Dapatan Cyber-Security antara lain ‘kegagalan’ untuk mengenal pasti individu-individu di dalam video tular tersebut disebabkan resolusi yang rendah dan kualiti video dan rangka video yang sedikit untuk membolehkan suspek dilihat dengan jelas,” katanya.

Namun, Tommy mengesahakan siasatan boleh dibuka semula jika keterangan baharu diperoleh.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada 6 Januari yang lalu menjelaskan kertas siasatan serta laporan akhir telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara, pada akhir tahun lalu.

Untuk membaca artikel berkaitan politik Malaysia, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca