Ketua Gengster Menyamar Sebagai Anak Perempuannya Untuk Meloloskan Diri Dari Penjara

Ketua samseng yang dikenali sebagai Clauvino da Silva yang kini menjalani hukuman penjara cuba meloloskan diri dengan menyamar sebagai anak perempuannya.

Rancangan itu dibuat ketika anak perempuannya itu melawatnya di penjara.

Bagaimanapun, penyamaran itu mendatangkan kecurigaan ketika beliau melangkah keluar pintu utama penjara Gericino di barat Rio de Janeiro.

Menurut pegawai penjara di situ, wajah gementar banduan yang juga dikenali sebagai Shorty itu menyebabkan pengawal penjara dapat membongkar penyamarannya.

Clauvino ketika ditangkap sedang menyarungkan pakaian wanita dan berambut palsu. Beliau juga menyarungkan topeng muka yang diperbuat daripada silikon persis wajah wanita.

Namun demikian, ini bukanlah cubaan pertama Clauvino untuk melarikan diri dari penjara. Pada tahun 2013, beliau bersama 31 banduan lain berjaya meloloskan diri dari pusat tahanan Vicente Piragibe Penal Institute melalui saluran pembetong kumbahan sebelum ditangkap semula oleh pihak berkuasa.

Clauvino kini sedang menjalani hukuman penjara selama 73 tahun 10 bulan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca