Ketika Ingin Membeli Jam Tangan Rolex, Lelaki Ini Ditibai

Satu kejadian di Johor memperlihatkan seorang lelaki yang ingin membeli jam tangan rolex, ditibai, dipukul dan disamun lantas menyebabkan beliau rugi RM20,000.

Menurut laporan daripada pihak polis daerah Johor Bahru Selatan, lelaki tersebut pada awalnya ingin membeli satu jam tangan Rolex yang berharga RM45,000.

Beliau berminat dengan jam tangan tersebut yang diiklankan melalui Facebook. Setelah berhubungan dengan penjualnya, mereka bersetuju untuk bertemu di Johor untuk urusan jual beli.

Mangsa yang berusia 38 tahun dan berasal daripada Klang, Selangor itu hadir bersama seorang rakannya.

Mereka bertemu dengan dua orang lelaki di Eko Flora, Setia Indah untuk menjalankan urusan jual beli tersebut.

Apabila betemu, suspek mengarahkan untuk mangsa membayar harga penuh RM45,000 untuk membolehkan jam Rolex tersebut ditunjukkan. Namun suspek berkata beliau hanya mempunyai RM20,000 dan baki selebihnya akan dibayar menerusi atas talian.

Setelah mangsa memberikan RM20,000 kepada suspek. Suspek segera bertindak menyembur penyembur lada ke mata mangsa.

Gambar daripada: Loss Prevention Media

Mereka juga ingin menyembur rakan mangsa tetapi beliau sempat mengelak lantas terjadi pergelutan antara mereka.

Seketika kemudian, tiga lelaki hadir sambil membawa parang lantas memukul mangsa. Mangsa mengalami beberapa kecedaraan di bahagian kepala, lengan dan kaki.

Mangsa kemudiannya melaporkan kejadian ini kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan. Kes ini kini sedang disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, kata pihak polis.

Berikutan kes penipuan seperti ini, penulis ingin menasihatkan agar kita lebih berhati-hati dalam setiap pembelian. Terutama yang melibatkan organisasi yang tidak kita kenali dan yakini. Pastikan setiap pembelian yang kita lakukan adalah menerusi cara dan tempat yang selamat.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca