Ketika Hollywood Boikot Johnny Depp, Jenama Ini Satu-Satunya Yang Kekal Sokong Aktor Itu

Kemenangan kes saman fitnah Johnny Depp terhadap bekas isterinya iaitu Amber Heard pada 1 Jun lalu ternyata memberi sinar baharu kepada aktor ternama tersebut.

Keputusan juri mendapati pelakon Aquaman itu bersalah kerana memfitnah bekas suaminya dalam salah satu artikel yang diterbitkan di The Washington Post pada 2018.

Sumber: Deadline

Populariti dan imej Johnny jatuh mendadak selepas artikel itu dikeluarkan serta menyebabkan namanya digugurkan daripada barisan pelakon dua francais filem iaitu Fantastic Beast dan Pirates of the Carribean.

Walaupun tiada jenama yang mahu menjadikan Johnny sebagai duta mereka sepanjang tempoh tersebut, Dior terus kekal bersama-sama aktor itu mengharungi ‘detik gelap’ dalam kehidupannya. Sejak Dior Sauvage pertama kali dilancarkan pada tahun 2015, Johnny telah menjadi muka hadapan untuk minyak wangi tersebut.

Jenama mewah dari Perancis itu menerima kecaman hebat daripada orang ramai sebelum ini kerana tidak menamatkan kontrak bersama bintang utama Edward Scissorhands berkenaan ketika Amber menuduh beliau sebagai kaki pukul.

Ia merupakan satu keputusan yang ‘pelik’ kerana kebiasaannya jenama-jenama mewah akan terus menjauhkan diri daripada selebriti atau model mereka yang terpalit dalam kontroversi.

Sumber: The Vocket

Tindakan Dior untuk tidak menamatkan perjanjian dengan aktor itu juga secara tidak langsung dilihat sebagai salah satu cara jenama mewah terbabit berpihak kepada Johnny ketika perbicaraan kes saman fitnah beliau sedang berlangsung.

Pada pendapat anda, adakah tindakan Dior untuk kekal menyokong Johnny walaupun beliau diboikot di Hollywood pada waktu itu merupakan satu keputusan yang baik?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Johnny Depp, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca