Ketika Beri Penerangan Tentang ‘Lockdown’, Polis Wanita Di England Ini Cedera Digigit

Seorang lelaki telah didakwa selepas mencederakan dua anggota polis ketika mereka cuba memberikan penerangan tentang peraturan perintah berkurung semasa COVID-19.

Christopher Hill, didakwa telah melakukan perbuatan itu ketika di sebatang jalan di Rochdale, Greater Manchester, England pada hari Khamis yang lalu.

Dikatakan, sewaktu dua anggota polis itu cuba memberi penjelasan kenapa beliau tidak boleh berkunjung ke rumah orang lain sewaktu perintah berkurung. Lelaki yang berumur 29 tahun itu telah bertindak dengan menumbuk salah seorang anggota polis.

Gambar hanya sekadar hiasan

Beliau kemudian telah menggigit seorang lagi polis wanita di lengan sehingga terpaksa dirawat di hospital.

Superintendan Richard Hunt yang berpangkalan di Greater Manchester itu menyifatkan tindakan itu sebagai menjijikkan dan berharap anak buahnya itu segera pulih.

“Ini waktu mencabar untuk sesiapa sahaja dan keadaan menjadi lebih teruk apabila berlaku insiden seperti ini,” katanya.

Hill kemudian ditangkap dan didakwa atas pertuduhan melakukan serangan ke atas kakitangan kecemasan dan jenayah kerosakan.

Untuk rekod, United Kingdom kini merekodkan sebanyak 84,279 kes positif COVID-19 dan 10,612 angka mangsa korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca