Keterujaan Kera Memandu Bas

Seorang pemandu bas di Banglore, India digantung kerja kerana dirakam membenarkan seekor kera memandu sebuah bas.

Rakaman video tersebut menjadi tular di media sosial ia mencetuskan kemarahan dan ketawa dalam kalangan netizen. Rakaman oleh seorang penumpang menunjukkan Prakash, tersenyum dan mengusap kera yang duduk di atas stereng bas tersebut.

Menurut jurucakap syarikat pengangkutan kerajaan di negeri Kartanaka, T.S Latha pemandu bas tersebut telah digantung kerja kerana tindakannya itu membahayakan keselamatan penumpang dan meletakkan nyawa mereka dalam risiko apabila beliau membiarkan beruk memandu bas berkenaan.

Kera tersebut dikatakan dari jenis kera bekantan. kera itu merupakan milik salah seorang penumpang yang membiarkan haiwan berkenaan duduk bersama pemandu.

pihak berkuasa hanya tahu mengenainya selepas video itu tular di laman sosial. Ketika ia berlaku, terdapat 30 orang penumpang dan tiada yang membuat aduan tentang perkara itu.

Terdapat juga netizen yang mempertahankan pemandu tersebut.

“Kenapa perlu gantung? Dia sepatutnya hanya perlu diberi amaran supaya tidak mengulanginya,” kata Parag Heda di akaun Twitternya.

Pihak berkuasa pengangkutan negeri menyatakan mereka sedang menyiasat insiden terbabit.

 

Artikel Lain Untuk Di Baca