Search
Close this search box.

Ketahui Sebab-Sebab Penceraian Dalam Kalangan Pasangan Muda, Antaranya Kerana Berebut Rancangan Televisyen

Fenomena kahwin muda tidak lagi asing dalam kalangan golongan muda pada masa kini. Walaupun terdapat banyak kebaikan daripada segi berkahwin muda, namun ia tidak menjamin pasangan ini terlepas daripada terlibat dengan kes penceraian.

Statistik menunjukkan dari tahun 2013 hingga 2017, sebanyak 2,932 kes penceraian dilaporkan dalam kalangan pasangan beragama Islam dan 14,440 kes dalam kalangan pasangan bukan Islam. Apakah punca-punca di sebalik kes penceraian ini?

 

 

Terdapat beberapa sebab yang membawa kepada penceraian. Bagaimanapun, sebahagian daripada sebab-sebab tersebut boleh dikategorikan sebagai perkara remeh. Antaranya, pasangan muda bercerai kerana:

 

  • perbezaan fahaman politik
  • pasangan suka membeli-belah
  • suami tidak suka isteri makan dalam kereta
  • isteri suka membasuh baju pada waktu malam
  • berebut rancangan televisyen
  • isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai

 

Bagi mencegah kes penceraian dalam kalangan pasangan muda, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif. Antaranya ialah:

  1. Program Pra Perkahwinan SMARTSTART : Pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga akan diberikan pendidikan kekeluargaan.
  2. Perkhidmatan Kaunseling Keluargaan: Membantu pasangan suami isteri dalam menguruskan tekanan, konflik dan masalah yang wujud dalam perkahwinan
  3. Program Parenting@Work: Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibu bapa dan bekerja

 

Perselisihan faham dan pertengkaran sering terjadi dalam rumah tangga. Namun, sebaiknya setiap kali bertengkar, kedua-dua pihak haruslah berbincang dan cuba menyelesaikan masalah tersebut daripada memilih jalan penceraian. Bak kata pepatah, ‘sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri.’

 

Artikel Lain Untuk Di Baca