KONGSIKAN

Pernahkah anda mendengar tentang minyak argan? Apa itu minyak argan? Minyak argan yang selalu disebut sebagai golden oil adalah produk organik yang diformulasikan dan di ekstrak daripada pokok Argan, iaitu sebuah pokok yang berasal dari Morocco. Ia sangat kaya dengan khasiat dan nutrien yang bermanfaat termasuklah asid lemak, antioksidan dan vitamin E.

 

Manfaat minyak argan terhadap kulit wajah:

1.Anti Penuaan

Kesan antioksidan menjadikan minyak argan  sebagai produk anti-penuaan yang ideal dan berkesan. Ia mengembalikan keanjalan kulit, meremajakan kulit serta menjadikan kulit lebih lembut dan licin.

 

2. Pelembab Kulit

Minyak argan juga mampu digunakan sebagai pelembap kulit untuk menghidrat dan melembutkan kulit. Dengan kandungan vitamin E yang tinggi dan kandungan asid lemak, minyak argan yang merupakan sumber alam semulajadi sangat berkesan untuk melembapkan kulit.

 

3. Merawat Jerawat

Minyak argan mengandungi antioksidan yang membantu mengurangakn keradangan kulit dan jerawat dapat dicegah dan kotoran muka tidak akan tersekat ke dalam kulit yang menyebabkan berlakunya jerawat.

 

4. Memudarkan Parut

Minyak argan  mempunyai kandungan Vitamin E yang sangat banyak,  3 kali lebih banyak berbanding minyak zaitun. Vitamin E membantu merawat masalah kulit seperti parut, stretch mark, kulit kering dan sebagainya.  Segala parut yang dapat disapukan dengan minyak argan akan menjadi pudar.

 

Penulis juga memakai minyak argan secara  berterusan kerana ia sangat membantu untuk meningkatkan pembentukan kolagen untuk kulit kelihatan cantik dan tegang. Moga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk lebih memahami kebaikan minyak argan.

 

Sumber : Marie Claire