Bulan puasa baru nak mula
Dah minta langsir macam nak raya
Ragamanmu hanya aku yang tahu
Hanya kita berdua kekal sampai tua
Bagai bulan di pagar bintang
Tetapkan bersama
Hanya kita berdua kekal bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya
Lagu Ragaman nyanyian komposer dan penyanyi terkenal tanah air Faizal Tahir semakin mendapat tempat dan turut menjadi siulan ramai. Jika lihat pada lirik dan video muziknya menunjukkan bagaimana seorang lelaki melayani ragam isterinya tapi tetap bersabar.
Ragaman merupakan hasil ciptaan Faizal, Mike Chan dan Romeo, manakala senikata juga oleh Faizal Tahir dengan bantuan Mike Chan, Karim Karam dan Jaare. Terbitan Faithful Musik Sdn Bhd, manakala edaran pula oleh Warner Music.
Melalui satu post daripada Facebook milik Farhan Ismail, berkongsikan maksud lagu Ragaman.
1.Beliau mengatakan lirik lagu ragaman cuba menjelaskan tentang sikap wanita yang sukar untuk difahami lelaki dan ia merupakan masalah terbesar untuk para lelaki.
2. Perempuan ni sebenarnya dia sendiri pun tak faham diri dia tapi dia mintak lelaki faham dia. Ini adalah antara masalah terbesar yang kaum lelaki kena belajar dan hadap sampai mati.
3. Perempuan tak reti nak berterus terang. Merajuk, suka pendam, berkias. Ada masalah lebih suka cari kawan-kawan. Jadi korang dah tahulah kenapa 99% kuman dekat KRT itu adalah perempuan.
4. Perempuan sangat sensitif. Hal-hal kecik akan dianggap besar. Bila lelaki gagal untuk faham benda ni, 99% perempuan akan anggap lelaki tu tak hargai dia.
5. Perempuan sebenarnya faham. Tetapi jarang nak buat-buat faham. Sebagai contoh dia tahu kita penat, dia ajak keluar. Nanti bila dah jumpa dia akan cakap “kesian kan awak penat”.
6. Bila dengan lelaki yang dia sayang, nak buka peti ais pun tak larat. Bila takda lelaki dia, Gunung Everest pun dia daki.
7. Perempuan cakap lain, tapi dalam hati lain. Cakapnya selalu menyakitkan hati, tapi dalam hati masih sayang. Mintak putus, minta cerai, padahal dia nakkan perhatian. Tetapi yang ajaibnya diorang ni, kalau dah putus ke apa, mudah sangat dia dapat pengganti baru . Macam minum air tebu ikat tepi.
8. Perempuan kalau dah sayang, spender kau pun dia rasa wangi. Tetapi kalau dia dah mula benci, sabun dettol pun dia cakap bau kaki.
9. Perempuan selalu betul.
Kesimpulannya beliau mengerti apa yang cuba disampaikan Faizal Tahir menerusi lagu Ragaman tersebut. Lelaki perlu bersabar kerana apabila isteri itu sudah tidak ada pasti akan dirindui ragam mereka.
Di sini penulis kongsikan video muzik lagu Ragaman yang unik dan menarik.