Search
Close this search box.

Ketahui Maksud Bunga Yang Diberi Oleh Si Dia

Hampir semua daripada kita mengetahui bahawa bunga mawar melambangkan cinta dan ghairah tetapi adakah anda semua tahu apa maksud bunga yang lain seperti tulip, kekwa, camelia, peony dan sebagainya? Ok, penulis ingin kongsikan maksud disebalik bunga yang diberikan oleh si dia.

1. Bunga Orkid

Bunga orkid bermaksud kekaguman dan innocent.

2. Tulip

Bunga tulip merupakan salah satu bunga kegemaran penulis. Bunga ini bermaksud keyakinan, caring dan cinta.

3. Kekwa

Bunga ini dalam bahasa Inggeris dipanggil chrysanthemum. Bunga kekwa mempunyai mesej ringkas iaitu kejujuran dan kesetiaan.

4. Camellia

Bunga yang cukup cantik ini sangat disukai oleh orang zaman Victoria. Menurut mereka, bunga ini memberi erti “nasib saya ada di tangan anda”. Agak tersirat bukan?

5. Lavender

Lavender bukan sahaja mempunyai aroma yang wangi tetapi ia menyampaikan mesej tentang kepuasan dan ia juga boleh menjadi sebagai terapi.

6. Jasmine/Melati

Bunga jasmine sering dikaitkan dengan cinta dan ia juga melambangkan kecantikan serta keghairahan. Dalam sesetengah budaya, jasmine mewakili penghargaan dan nasib baik.

7. Calla Lily

Bunga ini secara teknikal bukanlah sebahagian daripada keluarga lily. Calla yang bermaksud cantik daripada perkataan Yunani. Makna paling biasa yang dikaitkan adalah kesucian dan kesetiaan. Ia sering digambarkan seperti imej Virgin Mary.

8. Peony

Bunga peony juga sering kali dijadikan sebagai hadiah untuk pasangan dan juga untuk ibu tersayang. Makna peony yang bermaksud romantis, kemakmuran, kekayaan, kehormatan, belas kasihan dan kesabaran.

Sumber: Wanista

Artikel Lain Untuk Di Baca