Korang mesti menyesal lepas padam mesej WhatsApp sama ada segaja atau tak segajakan? Sedangkan mesej tu cukup penting untuk korang. Kita sedia maklum bahawa WhatsApp beri kita pilihan untuk memadam mesej tertentu dalam ruang chat itu sendiri. Namun, mereka tidak menawarkan penyelesaian untuk mendapatkannya kembali.

Sekurang-kurangnya, jika kita padam mesej tersebut kemungkinan ia masih disimpan oleh penerima, jadi korang boleh minta balik salinan daripada penerima. Tetapi macam mana kalau korang dan penerima masing-masing terpadam mesej tersebut atau lebih buruk jika korang menggunakan pilihan padam ‘Delete for Everyone’

Ok, terdapat dua kaedah yang dikongsikan oleh Financial Express bagaimana kita dapat membuka balik mesej yang telah dipadam. Antaranya adalah:

Kaedah 1

Korang perlu pergi ke Play Store dan muat turun aplikasi ‘Notification History’. Korang buka aplikasi itu dan berikan kebenaran peranti yang diperlukan. Seterusnya, korang boleh menyaring seluruh log untuk mencari mesej WhatsApp yang korang telah padam.

Namun, notifikasi mesej berkumpulan agak susah untuk dicari semula. Hal ini kerana ia memerlukan korang meneliti seluruh log untuk mencari mesej tersebut.

Selain itu, korang juga boleh memuat turun pelancar aplikasi seperti Nova Launcher, ia akan log notifikasi yang diterima pada telefon Android.

Kaedah 2

Kaedah ini adalah paling mudah berbanding kaedah satu. Semua pertukaran mesej mempunyai ‘back up’ dalam memori lokal korang. Untuk korang membaca mesej yang telah dipadam, apa yang perlu korang lakukan adalah membuat pengstoran semula (back up) di dalamnya mengandungi mesej-mesej yang korang inginkan.

Namun, ia hanya boleh digunakan untuk penghantar mesej sahaja. Penerima hanya boleh mengikuti kaedah ini sekiranya mesej itu belum dipadam oleh penghantarnya.

Apa pendapat korang tentang kaedah ini? Kalau korang ingin berkongsi pendapat, kongsikan di ruang komen yang disediakan.

Sumber: mStar

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry