Ketahui Jenis Bunga Berdasarkan Bulan Kelahiran Yang Boleh Menggambarkan Karakter Seseorang

Kita sering dengar tentang maksud tersirat di sebalik bunga. Tahukah anda bahawa terdapat juga bunga yang melambangkan bulan kelahiran anda? Berikut kami kongsikan bunga-bunga yang melambangkan bulan kelahiran anda serta makna yang tersirat di sebalik setiap bunga:

1. Januari: Carnation

Bunga Carnation wujud dalam pelbagai warna dan setiap warna itu ada maknanya yang tersendiri. Sebagai contoh, merah membawa maksud cinta yang mendalam.

2. Februari: Iris dan Violet

Bunga Violet membawa maksud kesetiaan dan kepercayaan. Iris pula bermaksud keberanian, persahabatan dan harapan.

3. Mac: Daffodil

Ia melambangkan permulaan baru, kelahiran baru, kebahagiaan dan kegembiraan.

4. April: Daisy dan Sweet Pea

Daisy yang berwarna ceria melambangkan kecantikan, cinta dan kesucian. Sweet Pea pula membawa maksud “Terima kasih untuk masa yang indah”.

5. Mei: Lily of the Valley

Bunga ini membawa maksud kebahagiaan dan merendah diri.

6. Jun: Ros

Bunga ros ada pelbagai warna dan setiap warna itu ada maksudnya yang tersendiri. Jika warna kegemaran anda ialah jingga, ia bermaksud semangat dan keinginan.

7. Julai: Larkspur dan Waterlily

Waterlily melambangkan kesucian dan hati yang terbuka manakala Larkspur berwarna lembut seperti putih membawa maksud jiwa yang gembira.

8. Ogos: Gladioli

“Ingat aku”, adalah apa yang bunga ini sampaikan. Ia juga membawa maksud ketabahan dan integriti.

9. September: Aster

Bunga ini melambangkan kekuatan sebuah cinta serta kebijaksanaan dan keimanan.

10. Oktober: Marigold

Bunga Marigold ini melambangkan cinta yang tak pernah mati.

11. November: Chrysanthemum

Bunga ini bermaksud anda mudah melupakan orang yang dulunya anda sayang.

12. Disember: Narcissus dan Holly

Narcissus bermaksud kesopanan dan kesetiaan manakala Holly menunjukkan hasrat untuk rumah tangga yang bahagia.

Penulis

  • Shazwin Shahmir adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca