Ketahui Hak Anda, Bertepuk Tampar Juga Boleh Dikira Sebagai Cabul!

Bergurau sememangnya satu perkara yang biasa, terutamanya di kalangan kawan atau rakan sepejabat. Namun, sesetengah pihak suka bergurau dengan cara yang agak keterlaluan seperti memegang tangan atau mencuit atas niat ‘bergurau.’ Tahukah anda bahawa biar pun sekadar bergurau, ia boleh dianggap sebagai cabul?

Menurut ASP Radhiah Binti Mamat, dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur) sekiranya orang yang anda sentuh itu berusia di bawah 18 tahun, selepas pindaan Julai lalu di bawah Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,  kesalahan ini terletak di bawah Seksyen 14 yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan juga sebat.

 

 

Bahkan, cabul boleh berlaku kepada setiap orang tanpa mengira lelaki atau perempuan. Sekiranya aduan dibuat, pelaku akan disiasat di bawah seksyen berkenaan.

Antara tempat yang sering berlaku jenayah cabul ialah:

  • pengangkutan awam (bas, LRT, komuter)
  • pusat membeli-belah
  • sekolah
  • tempat kerja

 

Ramai yang anggap perkara ini satu gurauan, mungkin ya bagi si pelaku tapi tidak kepada si mangsa! Inspektor Nurul Akma memaklumkan ramai beranggapan perbuatan itu gurauan semata yang mana mereka akan sama-sama mentertawakan mangsa.

Oleh itu, sekiranya anda dicabul, segera ke balai polis yang berdekatan untuk membuat aduan agar siasatan dapat dijalankan.

Berpada-padalah ketika bergurau agar anda tidak melampaui batas, atau anda mungkin akan ditangkap atas kesalahan mencabul.

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca