Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Jimatkan Duit Daripada Membeli Mainan Buat Anak Hanya Dengan Set Happy Meal!

Siapa dekat sini suka makan McDonald’s? Penulis yakin hampir kesemua orang akan jawab ya. Oleh itu anda mesti tahu yang McDonald’s juga mempunyai pilihan set Happy Meal buat kanak-kanak. Set Happy Meal sering menjadi pilihan kanak-kanak kerana selain mendapat makanan mereka juga akan menerima mainan di dalam kotak Happy Meal tersebut.

 

Foto: Malaysia’s Freebies

 

Satu post di Twitter oleh saudara Nabil Hussein telah meraih ribuan retweet apabila beliau berkongsi cara untuk menjimatkan duit daripada membeli mainan buat anak-anaknya. Caranya ialah dengan set Happy Meal. Menarik bukan?

Apa yang lelaki ini lakukan ialah selepas berkahwin beliau akan membeli set Happy Meal dalam setahun  ke 2 tahun bagi mengumpul mainan set Happy Meal. Hasilnya ialah beliau berjaya mengumpul mainan yang murah tetapi berkualiti.

 

Foto: Twitter

 

Tambahnya lagi, anak-anak yang berusia antara 1 hingga 5 tahun masih tidak pandai memilih mainan jadi pilihan mengumpul mainan dari set Happy Meal adalah sangat berbaloi. Selain itu, beliau turut membeli mainan dari Pasar Karat. Kata beliau apa yang penting anda haruslah pandai memilih.

 

Foto: Twitter

 

Buat ibu bapa yang berkemampuan tidak salah untuk berbelanja lebih bagi membeli mainan anak-anak. Namun buat ibu bapa yang ingin berjimat, ini jawapannya.

Jadi para ibu bapa di luar sana sekiranya anda ingin membelikan mainan buat anak anda tetapi ingin berjimat pada masa yang sama, apa kata anda cuba tips daripada lelaki ini. Selain mengenyangkan anda juga dapat mengelakkan pembaziran.

Selamat mencuba!

Sumber: Nabil Hussein

Artikel Lain Untuk Di Baca