(Sambungan dari Bahagian 4)
Hari Ketujuh, Lapan & Sembilan: Paris
- Issy Les Moulenox
- Notre Dame
- Fortune Saint
- Holy Chapel
- Louvre Museum
- Paris Eye
- Eiffel Tower
- Arc de Triomphe
- Hard Rock Paris
- Gare Du Nord
- Marne La Valle ( Paris Disneyland)
Kami tiba di Gare de I’est selepas lebih kurang 3 jam perjalanan tren dari Swiss. Sampai saja di sana kami terus menaiki tren untuk ke hotel kami di Issy le Moulenoux yang terletak lebih kurang 30 minit dari Center of Paris. Sepanjang hari kami hanya berehat di hotel kerana telah beberapa hari kami tidak mendapat rehat yang sempurna.
Hotel kami di Paris juga adalah Ibis seperti di Amsterdam. Sangat selesa dan murah berbanding Air Bnb di kawasan sekitar. Kami memulakan perjalanan meneroka Paris pada keesokan harinya.
Sedikit tips semasa berada di Paris; biasakan diri bercakap dalam France seperti Merci (terima kasih) dan Bonjour (Hi). Kerana di Paris sangat jarang orang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Namun sebarang pengumuman masih dibuta dalam bahasa Inggeris.
Untuk menjelajah Paris anda boleh membeli daily pass di mesin tiket di stesen keretapi. Anda boleh pilih untuk pergi ke Zon 1-3 (RM58/pax) atau Zon 1-5 (RM213/pax). Dengan pass ini anda boleh menaiki mana-mana tren atau bas di Paris kecuali bullet train. Zon 1-3 sudah memadai sekiranya anda ingin cover semua tempat tarikan.
Sedikit tips semasa di Paris. Sentiasa berjaga-jaga kerana Paris merupakan bandar yang terkenal dengan pickpocket. Elakkan daripada menyimpan barang berharga dan berada di empat yang sesak. Sorok beg tangan anda di dalam jaket. Selain itu apabila menaiki tren elakkan daripada berdiri di bahagian pintu masuk. Disamping itu uga elakkan daripada kumpulan yang datang untuk mengisi survey atau tandatangan. Apa yang penting ialah setiasa alert dan berhati-hati.
Tempat pertama yang kami singgah pada hari kedua di Paris ialah Notre Dame. Oleh kerana barisan untuk masuk ke sini sangatlah panjang anda digalakkan untuk membeli tiket lebih awal atau book online yang termasuk sekali dengan pakej. Antara kisah menarik mengenai Notre Dame ialah The Hunchback of Notre Dame.
Lepas ke Notre Dame kami berjalan kaki ke Louvre Museum sambil menikmati keindahan Paris. Terdapat banyak spot bergambar yang menarik sepanjang perjalanan kami.
Hanya 15 minit yang diperlukan sekiranya anda berjalan kaki ke Louvre Museum. Di sana anda haruslah berhati-hati dengan ulat tiket. Itu hanyalah salah satu taktik scam. Adalah lebih baik sekiranya anda beli saja tiket di dalam. Harga tiket ialah RM72/pax. Anda perlu beratur panjang kerana beg perlu diperiksa sebelum masuk.
Louvre Museum terkenal dengan koleksi seni lukis dan arca daripada France dan juga negara-negara lain. Di muzium ini juga terletaknya karya Leonardo Da Vinnci yang paling terkenal iaitu Monalisa. Ramai yang beratur untuk melihat lukisan tersebut dengan mata kasar masing-masing.
Untuk menghayati cerita di sebalik setiap arca lukisan tersebut anda boleh menyewa audiobook di situ. Ataupun anda boleh saja muat turun apps muzium tersebut di Appstore atau Playstore.
Sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam diperlukan untuk melihat semua lukisan di dalam muzium tersebut. Bagi peminat barangan Apple bolehlah singgah ke Apple Store yang juga terdapat di dalam muzium tersebut.
Selepas melawat Louvre Museum kami terus bergerak untuk melawat Eiffel Tower. Untuk masuk ke Eiffel Tower terdapat 4 laluan pintu masuk. Setiap pintu masuk ke Eiffel Tower wajib melalui pemeriksaan badan dan beg. Bagi yang bercadang untuk naik ke Eiffel Tower untuk melihat sekitar Paris boleh rujuk harga dalam gambar di bawah.
Di sekitar Eiffel Tower anda akan melihat ramai orang berkulit hitam menjual keychain Eiffel dan juga souvenir yang lain. Harga yang ditawarkan juga murah dan boleh tawar-menawar. Namun sekiranya anda tidak berminat untuk membeli cuma senyum dan angkat tangan sahaja. Apa yang palin penting ialah sentiasa berhati-hati dengan barangan peribadi anda.
Bagi mendapatkan spot untuk gambar menarik anda boleh pergi ke Palais de Chaillot kerana di situ merupakan tempat orang menangkap gambar Eiffel Tower secara penuh. Bagi yang membawa anak anda bolelah bawa mereka bermain di Carousel yang ada di sekitar situ.
Untuk spot picnic yang menarik anda boleh pilih sama ada di Palais de Chaillot atau di Avenue Pierre Lotti. Kami membeli ceri, beri, roti, sardin dan air di pasaraya yang harganya jauh lebih murah berbanding dengan harga disitu.
Untuk dapatkan gambar Eiffel Tower yang cantik anda harus menunggu sehingga waktu sunset. Pada hari itu sunset terjadi pada jam 10 malam. Berikut merupakan perbezaan Eiffel Tower sebelum dan semasa sunset.
Memandangkan dah alang-alang berada di Paris jangan lupa singgah di butik jenama mewah seperti LV, Hermes, YSL, VERSACE dan banyak lagi. Ataupun anda boleh jalan-jalan cuci mata di Galerie La Fayette dan Vallee Village Outlet.
Sedikit tips yang kami ingin kongsikan ialah anda boleh claim balik cukai VAT yang anda bayar. Syaratnya mestilah pembelian 175 Euro ke atas dan di kedai yang sama dengan syarat ianya bukan makanan atau perkhidmatan. Untuk lebih selamat pastikan anda tanya dahulu sama ada anda boleh claim tax atau tidak sebelum bayar. Kaunter akan isikan borang tax claim untuk anda serahkan kepada kastam di airport bagi proses refund. Pastikan borang anda lengkap dan tidak hilang semasa proses refund di kastam.
Nah menarik bukan? Dengan hanya 12 ribu anda boleh melancong selama 9 hari. Jadi tunggu apa lagi? Jom pergi bercuti!