Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bercuti Ke Dubai Dan 5 Negara Eropah Selama 9 Hari Dengan Hanya 12K! (Bahagian 4)

(Sambungan dari Bahagian 3)

Hari Kelima: Switzerland

  • Bassel
  • Luzern
  • Engelberg
  • Titlis

 

Untuk ke Titlis kami menaiki tren dari Luzern Station ke Engelberg. Harga tiket lebih kurang RM50/pax untuk tiket sehala bagi second class. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Engelberg. Pemandangan sepanjang ke Engelberg sangatlah menakjubkan dengan berlatarbelakangkan pergunungan Swiss.

 

            

 

Kepada sesiapa yang kesuntukan masa macanm kami, boleh pilih salah satu daripada dua tempat untuk menikmati pemandangan swiss alps dan salji. Lauterbrunnen, Jungfrau (ke alps menaiki tren) dan Engelberg, Titlis (ke alps menaiki kereta kabel). Di atas sana adalah winter sepanjang tahun.

 

                

 

Memandangkan kami dah beli tiket awal-awal melalui online Trip Advisor makan apabila sampai sana kami hanya tunjukkan emel dan mereka akan tkarkan dengan tiket. Kami simpan beg di loker Engelberg station dengan harga RM20 untuk 24 jam yang boleh memuatkan dua beg 60L.

 

               

 

Untuk naik ke puncak Titlis, anda harus melalui 3 kereta kabel. Setiap hentian ada tarikan yang tersendiri. Penuli cadangkan supaya pergi yang atas dulu sebelum singgah hentian di bawah. Opening hour ialah seawal 8 pagi hingga 6 petang. Kereta kabel yang ketiga dipanggil Rotair, merupakan yang paling besar dan berpusing 360 darjah.

 

             

Cuaca di puncak pada masa itu ialah 7 degree. Masa kami pergi ke sana ianya masih musim panas. Jika anda pergi pada musim sejuk suhu di puncak boleh mencapai -10 degree. Semasa musim sejuk alps akan kelihatan putih secara keseluruhan berbanding musim panas yang masih boleh nampak batu-batu hitam pada alps. Bagi yang tidak tahan sejuk sila bawa pakaian tambahan dan sarung tangan.

 

         

 

Semasa kami di Titlis kami agak kurang bernasib baik kerana kami hanya dapat melihat alps selama beberapa minit sebelum ianya dilitupi kabus tebal. Kebanyakan gambar kami  semasa di atas sana juga semuanya menutup mata kerana di atas sana sangat silau disebabkan matahari dan kabus putih. Oleh itu anda disarankan agar membawa shades. 

         

 

Sedikit info tambahan. Sekiranya anda mencari makanan halal anda tidak perlu khuatir kerana di sana terdapat banyak kedai Arab yang menjual kebab dengan harga dari RM12 ke RM15. Selain itu anda juga boleh makan fish and chips yang mana harganya lebih kurang dengan harga kebab. Untuk tambahan anda boleh bawa makanan tin yang sedia dimakan dari Malaysia.

 

            

 

Switzerland terkenal dengan pembuatan jam tangan ekslusif seperti Rolex. Di pergunungan Titlis juga ada kedai yang menjual jam tangan mewah tersebut. Harganya dikatakan lebih murah berbanding dengan tempat lain. Selain itu Swiss juga terkenal dengan Swiss Army Knife.

 

 

Apabila dah sampai di puncak Titlis jangan lupa untuk singgah makan di Panorama Restaurant Titlis. Anda boleh makan sambil melihat Swiss Alps pada ketinggian 10 ribu kaki. Restoran tersebut menyediakan makanan buffet dan ala carte. Nasi dan lauk akan dicaj mengikut berat.

Perjalanan naik dan turun adalah selama 30 minit sehala sekiranya cuaca dalam keadaan baik.

 

            \

 

Kami juga sempat mengeringkan kasut yang basah akibat salji sambil menikmati pemandangan Swiss Alps di hentian terakhir sebelum turun ke Engelberg.

 

       

 

Jika anda ingin membeli souvenir anda boleh membelinya di sekitar  Engelberg. Kami berjalan-jalan menikmati keindahan Engelberg sebelum kembali ke Luzern untuk menuju ke Paris. Perkampungan di situ sangat indah dan jangka hayat penduduk disini merupakan kedua tertinggi selepas negara Jepun.

 

 

Kami bertolak ke Paris dengan menaiki bullet train disebabkan Gotthard Pass ditutup dan bas tidak boleh melaluinya untuk ke Paris. Kami tidak dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan menunggu bas hampir 3 jam yang sepatutnya dijadualkan tiba pada jam 11.50 malam.

Kami hanya medapat tahu mengenai pembatalan tersebut selepas seorang penumpang bas yang sama menelefon Flixbus untuk mendapatkan status perjalanan. Selepas itu kami pun menuju ke balai polis berdekatan untuk proses claim insurance dan beli tiket tren untuk ke Paris pada jam 5.30 pagi.

Akibat dari kejadian tersebut kami terpaksa mengeluarkan simpanan kecemasan untuk menersuakn perjalanan tetapi pada masa yang sama kami dapat merasai peluang untuk menaiki bullet train yang mengambil masa selama 3 jam saja dari Swiss ke Paris.

 

(Bersambung di Bahagian 5)

 

 

 

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca