KONGSIKAN

(Sambungan dari Bahagian 2)

Untuk ke Amsterdam kami menaiki bas pada waktu malam dari Victoria. Memandangkan perjalanan memakan masa 12 jam lebih jadi kami hanya tidur dan berehat semasa di dalam bas. Bas tersebut akan melintasi beberaa kawasan seperti Lille, France dan Rotterdam, Holland sebelum tiba di Amsterdam.

Perjalanan ke Amsterdam dari London melalui Channel Tunnel (terowong dasar laut) berbeza dengan perjalanan ketika ke London yang menggunakan feri untuk merentasi English Channel. Sebelum merentasi selat kami perlu check pasport di sempadan UK – France.

 

Hari Ketiga: Amsterdam

  • Rotterdam
  • Sloterdjik
  • Schipol Airport
  • Amsterdam Central
  • Royal Palace
  • Damnsquare
  • Anne Frank
  • Rijkmuseum ( Iamsterdam)
  • Van Googh Museum
  • Red Light District

 

             

 

Rancangan asal kami ialah pergi ke Zaanse untuk melawat kincir angin di sana. Tapi oleh kerana kesuntukan masa kami tukar rancangan untuk melawat Amsterdam sahaja dan terus menuju ke hotel yang telah kami tempah berdekatan Schipol Airport.

Sampai Schipol Airport kami terus menaiki bas pergi ke Ibis Budget Schipol Hotel. Ibis menyediakan bas shuttle percuma dari airport ke hotel dan sebaliknya. Sebaik sampai di hotel kami bersihkan diri dan makan fdi hotel sebelum menuju ke Amsterdam Central.

Di Amsterdam basikal merupakan pengangkutan utama. Tempat tarikan juga dimana anda boleh berjalan kaki atau menaiki tram.

 

              

 

Antara makanan yang patut dicuba di Amsterdam ialah Dutch Raw Herring. Ikan herring mentah dengan jeruk dan bawang. Harga dalam lingkungan RM15. Selepas makan anda bolehlah berjalan sambil melihat barisan kedai yang menjual weed cookies, kek dan bermacam lagi. Untuk pengetahuan anda weed adalah legal di Amsterdam.

 

 

Memandangkan penulis dah berada di Holland, penulis mengambil pelang untuk berjumpa dengan bos lama penulis bernama Hendrik. Hendrik dan keluarganya membawa kami pusing-pusing sekitar Amsterdam sebelum singgah makan waffle di Rjikmuseum. Selepas itu kami makan malam di sebuah restoran Indonesia yang telah ditempah oleh Hendrik.

 

               

 

Malam sikit kami berjalan-jalan di sekitar Red Light District sebelum pulang ke hotel. Tiada gambar di sana kerana di sana dilarang bergambar.

 

Hari Keempat: Brussel

  • Grand Place
  • Hard Rock Cafe
  • Mannekin Pis

 

Kami hanya menghabiskan masa 5 jam di Brussel sebelum bergerak ke Switzerland. Penulis sarankan skip Brussel dan rancang ke Itali baru ke Switzerland. Lebih berbaloi.

 

                   

 

Di Brussel anda boleh mencuba makanan yang famous iaitu Belgium Waffle dan Belgium Chocolate. Boleh dibeli di Grand Place. Lingkungan harga dalam RM18- RM30.

 

                

 

Tarikan yang ada di Grand Place ialah keunikan seni bina di situ. Sepanjang laluan ke situ, binaan yang unik dengan ukiran yang menarik dapat dilihat yang dibina sekitar  zaman Renaissance. Semasa tiba di Brussel tadi kami telah menyimpan beg di Brussel Nord Station. Harga loker ialah RM25 untuk sewaan selam 24 jam. Satu loker boleh memuatkan 2 beg galas 60L.

 

               

 

Souvenir boleh dibeli di kawasan jauh sedikit dari Grand Place jka anda ingin dapatkan harga yang murah. Untuk melawat Brussel 5 ke 6 jam sudah memadai memandangkan tarikan agak terhad dan hampir sama dengan negara Eropah yang lain. Antara info menarik mengenai Brussel ialah bentuk duit 20 sen mereka lebih kurang sama dengan negara kita.

 

                   

 

Kami bertolak dari Brussel ke Switzrland dalam pukul 7.30 malam di Brussel Nord Station. Perjalanan memakan masa selama 10 jam dan kami melalui Luxemborg dan Germany untuk sampai ke Swiss. Malangnya kami tiba lambat 2 jam di Swiss keesokan harinya kerana ada penumpang yang ditahan kerana tiada pasport.

             

 

(Bersambung di Bahagian 4)