KONGSIKAN

(Sambungan dari Bahagian 1)

DXB – CDG

Perbezaan masa Dubai dan Kuala Lumpur ialah -4 jam. Jadi penulis dan isteri telah mendapat kelebihan dari segi masa. Perjalanan ke Paris diteruskan dengan menaiki penerbangan A380 oleh Emirates.

 

Penulis tiba di CDG Airport, Paris lebih kurang jam 8 malam waktu tempatan. Perbezaan waktu antara Kuala Lumpur dengan Paris ialah -6 jam. Cuaca di Paris masih cerah kerana telah masuk ke musim pana di mana waktu siang lebih panjang. Selepas mendarat di Paris penulis terus  mengambil beg dan membersihkan diri di airport. Sebaik siap penulis dan isteri menaiki bas yang menuju ke London.

 

                        

 

Perjalanan ke London mengambil masa 7 hingga 8 jam. Memandangkan penulis menaiki bas pada waktu malam, maka penulis hanya tidur di dalam bas. Apabila bangun dari tidur penulis telah selamat tiba di London. Penulis menyeberangi English Channel dengan menaiki feri. Sebelum menaiki feri anda haruslah diperiksa oleh kastam France dan juga UK. Harga menaiki feri telah dikira sekali dengan tiket bas.

 

                                              

 

Hari Kedua : London

  • Buckingham Palace
  • House of Guard
  • Westminster Abbey
  • London Eye
  • House of Parliament
  • Big Ben
  • Trafalgar Square
  • Tower Bridge
  • Kensington Park
  • Malaysian Hall
  • Notting Hill
  • Hyde Park

 

             

 

Perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan London ialah -7 jam. Sebaik tiba penulis menyimpan beg di Victoria Coach Station (RM30/beg). Selepas itu kami membersihkan diri dan makan di Victoria sebelum melawat tempat-tempat yang telah kami rancang. Untuk melawat sekitar London kami telah membeli 1 day travelcard zone 1-6 (RM70/pax). Boleh digunakan untuk menaiki bas, tren dan tram dari zon 1 hingga 6.

 

                      

 

Disebabkan kami bawa makanan dalam tin bolehlah isi perut sambil jalan-jalan. Selain itu, tidak susah untuk cari kedai makanan halal di London. Penulis dan isteri telah singgah di Malaysian Hall untuk berkenalan dengan pelajar Malaysia di sana.

 

 

Jika berkesempatan anda bolehlah singgah di King Cross Station di mana terletaknya Platform 9 3/4 (yang famous dalam Harry Potter tu!), Paddington dan Abbey Road (The Beatles). Walaupun tempat-tempat ini ada dalam list kami tapi kerana kesuntukan masa kami tak sempat nak explore. Di sana terdapat banyak taman seperti Hyde Park dimana anda boleh lepak dan chill dekat situ.

 

                 

 

Suhu di London pada masa itu ialah 22 degree. Kalau anda nak beli souvenir bolehlah pergi ke Notting Hill Gate. Dekat sana ada banyak kedai-kedai Bangladesh yang jual souvenir murah-murah. Sangat recommended. Notting Hill  juga dikenali dengan lagu Ronan Keating – When You Say Nothing At All (Ost Notting Hill).

 

(Bersambung di Bahagian 3)