Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bercuti Ke Dubai Dan 5 Negara Eropah Selama 9 Hari Dengan Hanya 12K! (Bahagian 1)

Melalui sebuah perkongsian menerusi satu bebenang di Twitter, lelaki ini berkongsi cara untuk bercuti ke Dubai dan 5 negara Eropah selama 9 hari dengan bajet hanya 12 ribu! Menarik bukan? Tunggu apa lagi? Jom ikuti tips di bawah.

 

Trip Summary

  • Return flight KUL- DBX-CDG (RM5,153 – 2pax)
  • AXA Travel Insurance (RM111 – 2pax)
  • Wifibaby @ Tunetalk untuk semua negara (10 hari) – (RM260 + RM200 [deposit] )
  • Ibis Budget Amsterdam Schipol 2D1N (RM456/day)
  • Ibis Paris 3D2N (RM265/day)
  • Titlis Cable Car (RM770 – 2 pax)

 

 

Flixbus (travel by bus)

  • Paris (T3), France – Victoria, London: RM110/pax
  • Victoria, London – Sloterdijk, Holland: RM140/pax
  •  Schipol, Holland – Brussel, Belgium: RM50/pax
  •  Brussel, Belgium – Luzern, Switzerland: RM136/pax
  •  Luzern, Switzerland – Paris, France: RM134/pax

Bas sangat cantik dan selesa. Wifi,plug dan tandas disediakan. Tapi anda perlu sentiasa bersedia. Seperti yang terjadi kepada Encik Amali, beliau dan isteri terpaksa menaiki bullet train dari Paris ke Swiss gara-gara Gotthardpass ditutup. Kos bullet train bagi 2 orang ialah RM1500.

 

 

Pre-Flight

  • Naik LRT dari Subang Jaya ke KL Sentral (RM3.90/pax)
  • Naik bas dari KL Sentral ke KLIA (RM12/pax)
  • Check In
  • Lepak di Plaza Premium Lounge sebelum berlepas – makanan percuma! (Guna CC yang dapat free access to premium longue)

 

Berlepas (KUL – DXB)

  • 6 jam perjalanan dari KUL ke DXB menaiki Emirates (A380)
  • Layover dekat Dubai selama 9 jam
  • Percuma visa selama 30 hari untuk melawat Dubai
  • Ambil peluang untuk melawat Dubai semasa layover

 

Hari Pertama: Layover Di Dubai

  • Burj Khalifa
  • Dubai Mall
  • Jumeirah Lake
  • Palm Jumeirah
  • Atlantis
  • Burj Al Arab
  • Wild Wadi Water Park
  • Dubai Frame

 

 

Menurut Encik Amali semasa layover selama 9 jam anda tidak perlu membawa beg yang telah di check in semasa di Kuala Lumpur. Beg akan diuruskan ke flight seterusnya terus sehingga destinasi akhir anda.

Selepas turun di Dubai, anda perlu pergi ke kastam untuk cop pasport dan selepas itu anda bolehlah mula meneroka Dubai!

 

Untuk pengangkutan di Dubai anda boleh gunakan daily pass All Zone 22AED/pax. Pass ini boleh digunakan untuk tren, bas dan tram. Boleh dibeli di stesen keretapi. Teksi di Dubai pula menggunakan meter dan menerima kad kredit dan Debit.

Di Dubai cuaca telah mula cerah seawal 6 pagi. Jadi anda boleh mula melawat dari awal pagi. Keadaan juga tidak sesak dan tidak panas. Mall di Dubai pula mula dibuka dari jam 8 pagi. Anda harus ingat bahawa suhu di Dubai boleh mencecah 40 degree celcius jadi adalah lebih baik sekiranya anda berjalan-jalan pada waktu pagi atau malam.

 

(Bersambung di Bahagian 2)

 

Sumber: Amali Kamarudin

 

 

 

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca