Ketahui 7 Jenis Dan Fungsi Maskara Yang Sebenar

Maskara merupakan benda wajib yang perlu ada di mana sahaja anda berada. Ia merupakan life saver jika anda malas untuk bersiap tetapi tetap mahu kelihatan kemas dan berpenampilan tanpa perlu mengambil masa yang lama. Tetapi, tahukah anda berus maskara mempunyai jenis dan fungsi yang berbeza untuk setiap jenis bulu mata.

Terdapat tujuh bentuk berus maskara asas yang memberikan hasil bervariasi dan berfungsi dengan bentuk mata yang berbeza.

1. Curved

Bentuk berus seperti ini direka untuk melentikkan bulu mata dan memberikan kesan lentik yang sama daripada hujung dalam ke hujung bahagian luar bulu mata. Jenis berus maskara ini sangat sesuai untuk yang mempunyai bulu mata yang straight.

2. Cone taper

Bentuk tajam di depan maskara akan membuatkan bulu mata menjadi lebih lentik di sudut hujung dan menonjolkan cat-eye look. Bentuk bawah yang lebih besar akan menambahkan lebih maskara ke atas bulu mata yang membuatkan ia nampak lebat dan panjang. Bentuk berus seperti ini sesuai dipadankan dengan cat-eye linear yang akan membuatkan mata anda kelihatan seksi dan tajam. Jenis maskara seperti ini sesuai untuk orang yang mempunyai bulu mata yang jarak-jarak.

3. Bailed tip

Jenis berus seperti ini akan menghasilkan kesan yang detail pada hujung bahagian dalam mata dan memberi kesan secara menyeluruh tanpa perlu risau tercucuk bahagian berus yang tajam. Ia juga boleh digunakan untuk bahagian bawah bulu mata yang akan memberi kesan yang tepat bagi bahagian atas dan bawah bulu mata. Ia boleh digunakan untuk semua jenis bulu mata.

4. Flat comb

Berus seperti ini berfungsi untuk memberi kesan jarak antara satu bulu mata dengan yang lain. Ia akan memberi kesan yang sekata dan jumlah yang sama daripada hujung dalam sehingga hujung luar. Boleh digunakan untuk bulu mata yang panjang dan lebat. Tetapi agak kurang sesuai bagi yang mempunyai bulu mata yang sedia jarak.

5. Rubber shorty

Sekiranya kepanjangan bulu mata menjadi fokus utama anda, berus jenis ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. Maskaranya akan diletakkan secara sekata dan memberi kesan yang lebih panjang serta lebih lapisan di antara bulu mata. Berus yang pendek juga berfungsi sebagai sisir, menjadikan bulu mata tetap lurus dan memanjangkannya lagi.

6. Micro wand

Jenis berus seperti ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bulu mata yang pendek dan nipis kerana ia akan melebatkan dan memanjangkan. Ia akan memberi natural look kepada si pemakai.

7. Oversized

Jenis berus seperti ini sesuai jika anda hendak menghadiri majlis yang memerlukan heavy makeup look kerana ia memberi kesan melebatkan serta memanjangkan. Jika anda tidak mahu memakai bulu mata palsu, berus seperti ini amat sesuai digunakan. Tetapi awas, bagi sesiapa yang mempunyai jenis mata yang kecil dan dalam, berus seperti ini tidak sesuai untuk anda.

Penulis:

  • Nurul Izzah Faiz Binti Mohd Sudin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan jenis dan fungsi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca