Ketahui 6 Jenis Ubat-Ubatan Yang Wajib Ada Di Rumah Anda

Pernahkan anda mengalami situasi di mana anda diserang demam secara tiba-tiba? Apa yang lebih parah ialah dalam keadaan serba lembik itu anda perlu memandu ke klinik untuk mendapatkan ubat. Ha, pasti tidak larat bukan?

Oleh itu, lebih baik sekiranya anda menyimpan ‘bekalan’ ubat-ubatan yang boleh digunakan semasa kecemasan. Menurut Dr. Asmi Syabil yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Kecemasan, berikut merupakan ubat-ubatan yang anda boleh simpan sebagai ‘First Aid Kit’ di rumah.

 

  • Breacol

 

 

Digunakan untuk melegakan batuk. Boleh didapati di farmasi atau kedai serbaneka.

 

  • Chloramphenicol eye drop

 

Boleh digunakan sekiranya berlaku jangkitan mata seperti conjuctivitis, di mana mata berasa pedih dan berair

 

  • Ammeltz Yoko Yoko

 

 

Sangat sesuai digunakan untuk melegakan ketegangan otot. Malah banyak dijual di kedai serbaneka bagi mengurangkan lenguh-lenguh badan.

 

  • Oral Rehydration Salt

 

Juga dikenali sebagai ORS, sekiranya anda mengalami cirit-birit, ubat ini disyorkan oleh doktor untuk mengganti semula garam yang telah hilang daripada tubuh supaya fungsi tubuh tidak terjejas.

 

  • Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

 

Kalau anda dah selalu jumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan, mesti kenal dengan ubat ni. Ubat ini boleh menyebabkan rasa ngantuk, so elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi yang sedang berkerja.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari

 

  • Paracetamol 500gm

 

 

Rasanya semua kenal ubat ini. Boleh diambil jika anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.

Dos disyorkan: 2 biji (sekali makan), tiga kali sehari. Jangan melebihi 8 biji sehari

 

Anda juga digalakan untuk menyimpan satu termometer di rumah bagi memudahkan anda untuk memeriksa suhu badan anda sekiranya anda mula berasa tidak sihat.

Lepas ni boleh la anda buat sendiri ‘First Aid Kit’ anda!

Artikel Lain Untuk Di Baca