Pulau pinang sememangnya tepat untuk dijadikan sebagai satu daripada destinasi pelancongan. Tidak hanya terkenal dengan makanan yang enak dan lazat, negeri ini turut mempunyai pelbagai tempat menarik dan sangat berbaloi untuk dikunjungi.
Berikut penulis kongsikan lima tempat menarik dan berbaloi untuk dikunjungi di Pulau Pinang:
1. Tropical Fruit Farm

Ladang buah ini terletak di Balik Pulau dan berkeluasan selebar 25 hektar. Sebagai makluman, ladang ini menempatkan 250 jenis pokok buah-buahan tropika yang terkenal di Malaysia dan Asia Tenggara.

Sebaiknya, pelancong berkunjung ke ladang ini sewaktu musim buah agar berpeluang menikmati buah-buahan segar yang dipetik terus daripada ladang.
2. Rumah Kelahiran P. Ramlee

Rumah ini dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee dengan bantuan bapa saudaranya iaitu Rejab Bin Husin. Ia pernah dibaiki semasa zaman Jepun tetapi tidak melibatkan perubahan pada reka bentuk asalnya.

Ruang tamu Rumah P. Ramlee pula mempunyai lima tingkap yang cukup untuk menerangi ruang kecil itu. Tiada sebarang kerusi, sofa atau tikar yang menghiasi bahagian lantainya. Di bahagian dinding pula, tergantung maklumat pengenalan tentang seniman agung ini.
3. Bukit Bendera

Bukit bendera merupakan satu daripada tempat menarik dan paling ikonik bagi negeri Pulau Pinang. Melancong ke negeri ini seakan tidak lengkap sekiranya anda terlepas daripada mengunjungi Bukit Bendera.
Mungkin daripada namanya sahaja sudah kedengaran seperti tempat itu perlu didaki dan memerlukan stamina yang tinggi.

Namun, perlu anda ketahui bahawa ia sebenarnya dikategorikan sebagai tempat peranginan yang santai dan tidak terlalu heavy untuk dikunjungi. Ditambah dengan cuaca dingin dan pemandangan yang menarik pastinya memikat hati anda yang gemar berswafoto.
4. Komtar

Komtar merupakan sebuah taman tema yang menyediakan pelbagai aktiviti kepada para pengunjung khususnya untuk melihat keindahan suasana di negeri Pulau Pinang.
Antara aktiviti yang sering menjadi tarikan para pelancong ialah Rainbow Skywalk, Tech Dome dan Jurassic Park.
Berdasarkan gambar yang dipaparkan, persekitaran di Komtar pada waktu malam sememangnya menyerlahkan suasana romantis. Maka, tempat ini secara tidak langsung sesuai untuk dikunjungi oleh pasangan bagi meluangkan masa percutian diselangi dengan pemandangan yang indah.
5. Padang Kota

Padang Kota merupakan sebuah taman terbuka yang terletak bersebelahan dengan laut. Tempat ini sangat santai dan dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas, restoran, taman permainan dan sebagainya.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung tatkala bertandang ke kawasan ini, antaranya adalah makan. Ya, makan! Terdapat pelbagai menu ditawarkan kepada pengunjung daripada restoran atau gerai yang meniaga di Padang Kota.
Menarik, bukan? Jadi, apa tunggu lagi? Untuk mengetahui lebih berkenaan destinasi pelancongan di Pulau Pinang, anda boleh dapatkan komik yang memaparkan tempat menarik di negeri tersebut.
Komik ini terdiri daripada dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Judul komik dalam bahasa Inggeris ialah Penang, Here I Come!
Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui lebih daripada 20 tempat menarik di Pulau Pinang!

Komik ini telah menerima 5 bintang daripada pembaca di Goodreads dan kebanyakan tinggalan komen terhadap buku ini adalah positif. Untuk mengetahui destinasi menarik di negeri Darul Ridzuan, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.
Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan topik pelancongan, sila klik pada pautan di bawah: