Trend terkini anak-anak muda sentiasa mencari sesuatu yang baru dan rare, bukan? Hipster bukan sahaja pada penampilan diri, malah pilihan tempat makan juga mahukan yang hipster. Di Kuantan juga sudah banyak kafe hipster yang menarik. Jadi, jika anda ke Kuantan, jangan lupa berkunjung ke kafe-kafe ini:

1. Kula Cakes

Kafe kecil seakan di dalam taman ini menjual kek yang sangat sedap dan lembut. Sebut sahaja kek apa yang anda teringin nak makan, semua ada di sini. Paling laku keras di sini adalah Mango Cheese Cake yang sangat sedap. Yang paling unik adalah topping keknya iaitu mangga disusun sehingga berbentuk bunga ros.

Lokasi Kula Cakes yang berada di tengah bandar Kuntan menjadikannya tidak begitu sukar untuk dicari, hanya perlu guna aplikasi Waze sahaja. Apabila dah sampai di sana jangan lupa untuk bergambar di ruang makan mereka yang sangat cantik seakan-akan taman itu.

2. Akar Kopi

Gila kopi dan makanan Malaysia? Anda patut berkunjung ke Akar Kopi! Rata-rata pengunjung pergi ke Akar Kopi sekitar waktu pagi dan malam, barulah ada mood nak hirup kopi. Dekorasi Akar Kopi juga seakan-akan taman mini. Tempat duduk dan meja makan di kafe ini pula merupakan tong besi terpakai.

3. Tjantek Cafe and Art Bistro

Kafe ini mengetengahkan dekorasi barangan antik dan seni lukisan yang penulis sendiri percaya tinggi nilainya. Bangunan kafe Tjantek ini merupakan bangunan lama tinggalan sejak zaman Perang Dunia Ke-2 lagi. Hidangan yang disediakan di Tjantek cukup menyelerakan iaitu makanan ala Western daripada salad hinggalah pelbagai jenis pilihan steak dan spaghetti. Harganya juga amat berpatutan dengan servis yang diberikan.

4. Loteng, Teluk Cempedak

Loteng merupakan sebuah kafe hipster yang terletak di atas bangunan lain dan menghadap Laut China Selatan. Dengar macam menarik kan? Dengar pun dah rasa macam menarik, belum lagi datang sini bersama rakan dan keluarga.

Lain daripada yang lain, menu Loteng lebih kepada makanan berat seperti nasi bersama lauk, aneka spaghetti, kek, kentang goreng dan yang paling meletup di Loteng adalah pelbagai pilihan air buah-buahan.

5. Rajawali Art Gallery

Rajawali Art Gallery merupakan sebuah galeri lukisan outdoor dengan beberapa kedai makan seperti Pizza Seni Bidara yang menjual pelbagai pizza daripada saiz S hingga XL. Uniknya pizza di Seni Bidadara adalah ia dibakar dengan ketuhar manual.

Selain itu, untuk menyejukkan tekak anda, IceCreampot menyediakan pelbagai jenis minuman dan pencuci mulut seperti aiskrim. Sambil anda menikmati hidangan, anda boleh melihat lukisan-lukisan daripada karyawan seni. Uniknya kawasan Rajawali Art Gallery ini adalah ia sedikit berbukit dan terletak di dalam hutan pencil. Pengunjung boleh menghargai alam, seni dan makanan pada satu masa yang sama.

Penulis

  • Nur Syaidatul Asyiqin Mohamad Sabri adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

Wanista

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry