Ketahui 5 Emosi Manusia Hanya Melalui Mata

Pemakaian pelitup muka pada ketika ini merupakan norma baharu yang perlu diamalkan. Ia merupakan salah satu cara untuk mencegah penularan wabak COVID-19 terutamanya ketika berada di tempat awam.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran dan masalah termasuklah kesukaran untuk bernafas, solekan melekat pada pelitup muka dan sukar untuk membaca ekspresi wajah orang lain.

Kajian daripada The Healthy mendapati isu ini terjadi akibat sebahagian besar komunikasi berlaku berdasarkan isyarat visual, bahasa tubuh dan pergerakan otot wajah seperti bibir hidung dan pipi.

Semua bahagian ini seolah-olah menjadi kabur ketika memakai pelitup muka sehingga ia sukar untuk membaca ekspresi wajah seseorang sama ada mereka sedang senyum, marah, atau sedih.

Pakar bahasa tubuh dan komunikasi, Patt Wood menjelaskan bahawa apabila berkomunikasi menggunakan pelitup muka, kita sebenarnya mampu membaca isyarat mata seseorang.

“Mata kita telah berevolusi tanpa sedar untuk memberi respons terhadap apa kita lihat dan dengar,” katanya.

Menurut Patt, ketika kita melihat sesuatu yang menakutkan, mata secara semula jadi akan menjadi lebar untuk memperluaskan penglihatan dan meningkatkan jumlah cahaya.

Patti juga berpendapat bahawa ‘bahasa mata’ sebenarnya sudah menjadi kebiasaan kepada manusia.

Namun, sekiranya kita melihat ke arah mata orang lain dalam tempoh masa yang lama, ia akan menjadi sesuatu yang sukar.

Jadi, bagaimana caranya untuk membaca ekspresi wajah seseorang ketika memakai pelitup muka?

1. Berbohong

Menurut kajian, ketika sedang berbual, jika individu itu menutup mata, ia adalah tanda bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Secara fisiologi, ketika berbohong, seseorang akan cuba melarikan pandangan selain mata mereka akan berkedip lambat.

2. Gembira dan sedih

Mata yang menunujukkan kegembiraan memilik ciri khas iaitu berkerut di bahagian luar kerana individu tersebut sedang tersenyum dan pipi mereka naik ke atas.

Bagi mata yang sedih pula, ia cenderung kelihatan terkulai dan nampak kusam serta ‘kosong’

3. Marah

Seseorang yang marah akan menunjukkan otot matanya yang menegang dan kening yang tertarik ke bawah. Selain itu, mata mereka berkemungkinan akan menatap tajam pada sumber kemarahannya itu.

4. Terkejut

Mata orang yang terkejut akan terbuka lebar dan kening akan terjungkit ke atas.

5. Cemas

Seseorang yang berasa cemas akan mengerdipkan matanya dengan lebih cepat.

Walau bagaimanapun, semua ini bukanlah 100 peratus tepat. Sebaliknya, ia perlu disokong dengan perkara lain seperti perbualan dan lenggok tubuh seseorang itu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca