Kesetiaan Yang Tidak Pernah Luntur, Anjing Ini Tunggu Tuannya Di Tepi Jalan Selama Empat Tahun

Seekor anjing yang pernah dilaporkan hilang empat tahun lalu telah ditemukan oleh pemiliknya di tepi jalan raya.

Difahamkan bahawa seorang pejalan kaki di Thailand menemukan anjing tersebut dalam keadaan lapar dan dahaga. Malah, ia juga dilihat mula kehilangan bulu akibat penyakit kulit yang dialami.

Niat mulia pejalan kaki untuk membawanya pulang dan tinggal di rumah tidak dapat diteruskan apabila anjing tersebut kembali ke tempat ia ditemukan sebelumnya.

Menyedari kemahuan anjing berkenaan yang seakan-akan tidak mahu tinggal bersamanya, pejalan kaki ini memutuskan untuk sentiasa memberinya makan dan minum di tepi jalan itu selama empat tahun lamanya.

Penyebaran kisah anjing tersebut di media sosial membawa kepada seorang warganet yang tampil dengan pertanyaan menerusi ruangan komen.

Melihat gambar haiwan berkenaan, individu ini berasa ia seakan-akan sama seperti anjing sepupunya yang hilang empat tahun lalu.

Anjing yang diberikan nama Leo itu kemudiannya dicari oleh individu berkenaan untuk melihat sama ada ia adalah anjing yang sama atau tdak.

Setelah mengetahui bahawa ia sememangnya haiwan kesayangan milik sepupunya, individu tersebut membawa Leo pulang bertemu tuannya.

Leo begitu teruja apabila bertemu tuannya namun dia memutuskan untuk tinggal bersama pejalan kaki yang memberinya makan selama empat tahun.

Menerusi kisah ini jelas tergambar bahawa anjing turut memiliki rasa kasih dan setia meskipun ia hanya seekor haiwan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca