Kesedaran Takaful Meningkat Selepas COVID-19, Kerjaya Perunding Takaful Tawar Pendapatan Cecah RM9,000

Kerjaya perunding takaful adalah satu karier yang menjanjikan potensi pendapatan yang lumayan. Mungkin ramai antara anda yang tidak tahu bahawa pendapatan sebagai perunding takaful sebenarnya boleh mencecah lebih RM9,000 setiap bulan belum termasuk komisen.

Terdapat beberapa aspek yang anda perlu ambil kira sebelum jadi perunding takaful yang berjaya iaitu anda perlu pilih agensi terbaik dan ketua pasukan (team leader) yang bagus serta latihan disediakan pihak agensi untuk membantu melahirkan perunding takaful yang hebat.

Sebuah agensi pengendali takaful yang cemerlang dan berpengalaman akan sentiasa mempunyai garis panduan yang mereka tetapkan untuk memastikan para perunding yang bernaung di bawah agensi itu sentiasa memberikan khidmat terbaik dan mampu menjana pendapatan yang tinggi.

Jika mahu memperoleh pendapatan bulanan RM9,000 setiap bulan sebagai perunding takaful, teruskan pembacaan kerana artikel ini sememangnya untuk anda.

1. Kerjaya perunding takaful tawar pendapatan mencecah RM9,000 setiap bulan

Syarikat insurans dan pengendali takaful iaitu AIA Bhd menawarkan peluang kepada anda di luar sana untuk memperoleh pendapatan bulanan sehingga RM9,000 setiap bulan dengan menyertai program Elite.

Imtiyaz Consultancy ialah sebuah agensi yang bernaung di bawah AIA Public Takaful Bhd. Mempunyai lebih 750 orang perunding takaful di seluruh negara, Imtiyaz Consultancy adalah satu nama yang cukup gah dalam industri takaful di Malaysia. Ditubuhkan pada 14 Februari 2011, Imtiyaz Consultancy ialah agensi bumiputera pertama yang berdaftar dengan AIA Public Takaful Bhd.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang takaful, semua individu yang layak masih boleh sertai program Elite kerana akan dilengkapkan dengan semua ilmu dan kemahiran untuk membantu anda menjadi seorang konsultan yang efisien, profesional dan berwibawa.

Antara program yang ditawarkan adalah:

i) Elite Lite

Elite Lite

Program Elite Lite terbuka kepada semua individu berusia dalam lingkungan 20 sehingga 50 tahun dan berminat untuk menjadi perunding takaful secara sambilan. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga boleh menyertai program ini.

Apa yang lebih menarik tentang program Elite Lite adalah semua peserta akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM500 tidak termasuk komisen.

ii) Elite

Elite

Untuk program Elite pula, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya diploma atau ijazah (degree) dan berusia antara 25 sehingga 35 tahun.

Berbeza dengan Elite Lite, program Elite ini hanya terbuka kepada perunding takaful sepenuh masa sahaja. Semua peserta program Elite akan menerima pendapatan bulanan RM3,000 setiap bulan. Selain pendapatan bulanan yang tinggi, anda akan menerima komisen perunding takaful juga.

iii) Elite Pro

Elite Pro

Elite Pro tawarkan peluang kepada semua graduan ijazah yang berusia antara 25 sehingga 45 tahun. Sama seperti Elite, program Elite Pro ini hanya boleh disertai oleh perunding takaful sepenuh masa sahaja.

Dengan menjadi sebahagian daripada Elite Pro, pendapatan sebagai perunding takaful boleh mencecah RM9,000 setiap bulan tidak termasuk komisen.

Sumber: Instagram Muzafar Shah Mislan

Menurut Assistant Unit Manager Imtiyaz Consultancy iaitu Tuan Muzafar Shah Mislan, semua perunding takaful yang berada di bawah pimpinan beliau berjaya menjana pendapatan sebagai perunding takaful sekurang-kurangnya RM5,000 setiap bulan.

Beliau menjelaskan bahawa sikap komited dan berdedikasi itu sangat penting untuk menjadi ejen takaful berjaya.

“Tidak ada apa-apa yang mustahil dalam bidang takaful. Apa yang penting adalah anda perlu komited dan berdedikasi untuk menjadi perunding takaful berjaya,” jelasnya.

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang mana-mana program Elite di atas, boleh hubungi Assistant Unit Manager Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd iaitu Tuan Muzafar Shah Mislan di 018-327 6722.

2. Agensi takaful terbaik di Malaysia

Anugerah dimenangi Imtiyaz pada Takaful Starnite 2020

Agensi yang bagus mampu melahirkan perunding-perunding takaful yang cemerlang. Sejak penubuhannya pada tahun 2011, Imtiyaz Consultancy berjaya merangkul pelbagai anugerah dan mengukuhkan kedudukan sebagai agensi takaful terbaik di Malaysia.

Antara anugerah yang pernah dimenangi oleh Imtiyaz Consultancy sepanjang penubuhannya:

i) 2018 National Awards dan Recognition AIA: Tempat kedua Top District Manager/Unit Manager (Direct Team) in Recruiters Award

ii) 2018 National Awards dan Recognition AIA: Juara Top District Manager (District Group) In Recruiters Award

iii) 2018 National Awards dan Recognition AIA: Top District Manager (Direct Team) In Life & Family Takaful

iv) 2018 National Awards dan Recognition AIA: Top District Manager (District Group) In Life & Family Takaful

Anugerah 2018 National Awards & Recognition yang dianugerahkan kepada Imtiyaz

v) Enam kali Juara Agensi Persatuan Takaful Malaysia (MTA). Imtiyaz bersaing dengan agensi-agensi takaful terbaik di dalam Malaysia seperti agensi dari Great Eastern Takaful, Prudential BSN Takaful, Zurich Takaful dan lain-lain dalam kategori ini.

Imtiyaz berjaya menjadi Juara Agensi sebanyak enam kali dalam MTA

vi) Takaful Starnite 2018: Anugerah Pengurus Agensi Terbaik (Group) dalam kategori Perniagaan Takaful (Individu)

vii) Takaful Starnite 2018: Anugerah Istimewa Agensi/Ejen/Intermediaries Terbaik Takaful

Imtiyaz membawa pulang tiga trofi dari Takaful Starnite 2018

viii) Takaful Starnite 2019: Tempat ketiga dalam Anugerah Perekrut Terbaik (Pengurus)

ix) Takaful Starnite 2019: Pengurus Agensi Terbaik (Group)

x) Takaful Starnite 2019: Anugerah Istimewa Agensi/Ejen/Intermediaries Terbaik Takaful

Trofi-trofi Imtiyaz dari Takaful Starnite 2019

xi) AIA President Club Convention 2019: Top District Manager (Direct Team/District Group)

AIA President Club 2019

xii) Takaful Starnite 2020: Anugerah Pengurus Agensi Terbaik (Direct)

xiii) Takaful Starnite 2020: Anugerah Pengurus Agensi Terbaik (Group)

xiv) Takaful Starnite 2020: Anugerah Istimewa Agensi/Ejen/Intermediaries Terbaik Takaful

Imtiyaz merangkul tiga anugerah dalam acara Takaful Starnite 2020

xv) AIA Regional Awards & Recognition 2018

xvi) AIA 2018 National Awards & Recognition

xvii) Imtiyaz Champion Awards Night 2020: 2019 Million Dollar Agency

xviii) AIA 2017 National Awards & Recognition

xix) AIA 2017 Regional Awards & Recognition

Anugerah 2017 Regional Awards & Recognition AIA kepada Imtiyaz

xx) Juara Agensi AIA Malaysia Berhad: Lima tahun berturut-turut dari 2016 sehingga 2020

Imtiyaz Consultancy telah berjaya menjadi Juara Agensi AIA Malaysia Berhad selama lima tahun berturut-turut

Menurut pengasas agensi takaful Imtiyaz iaitu Wan Zaini Wan Hassan, beliau menjelaskan bahawa salah satu sebab kenapa kedudukan Imtiyaz Consultancy sebagai agensi takaful terbaik di Malaysia masih belum tergugat sehingga ke hari ini adalah kerana mereka mempunyai sistem sokongan dan budaya kerja berkumpulan yang hebat.

3. Ketua pasukan yang berketerampilan dan mempunyai daya kepimpinan yang bagus

Tuan Muzafar Shah Mislan (kanan) bersama pengasas Imtiyaz Consultancy iaitu Wan Zaini Wan Hassan

Imtiyaz Consultancy berjaya memperoleh kejayaan demi kejayaan sehingga ke hari ini kerana mempunyai ramai perunding takaful dan pengurus yang komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas.

Dengan track record yang cukup proven dan terbukti cemerlang dalam industri takaful, Tuan Muzafar merupakan ketua pasukan terbaik untuk membimbing anda menjadi perunding takaful berjaya. Beliau adalah seorang ketua pasukan yang mempunyai visi yang besar, komited, profesional dan pastinya akan membantu perunding takaful jadi lebih berjaya.

Mula menyertai Imtiyaz Consultancy pada tahun 2018, Muzafar Shah Mislan dinaikkan pangkat ke Assistant Unit Manager pada tahun 2021.

Tuan Muzafar dinaikkan pangkat menjadi Assistant Unit Manager pada Januari 2021

Dalam masa dua tahun selepas menjadi perunding takaful secara aktif, Tuan Muzafar berjaya memenangi pelbagai anugerah seperti Future Assistant Agency Manager pada tahun 2020 selama dua bulan berturut-turut iaitu Februari dan Mac di Infinite Troupers.

Tuan Muzafar memenangi anugerah Future Assistant Agency Manager dalam Infinite Troupers selama dua bulan berturut-turut

Sepanjang tiga tahun bekerja sebagai perunding takaful, Tuan Muzafar telah berjaya merangkul pelbagai anugerah seperti menjuarai perniagaan tahun pertama syarikat (FYC) pada Januari 2021 dan juara life planner pada tahun 2020.

Tuan Muzafar berjaya memenangi anugerah Top FYC pada Januari 2021
Tuan Muzafar memenangi anugerah Champion Life Planner pada tahun 2020

Seterusnya, Tuan Muzafar telah melayakkan diri ke peringkat kelayakan AIA Star Convention, Tokyo 2020 yang menyaksikan beliau berjaya membawa pulang anugerah Personal Sales.

Tuan Muzafar membawa pulang anugerah Personal Sales daripada AIA Star Convention Tokyo 2020

Walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang takaful sebelum bekerja di Imtiyaz Consultancy, Encik Muzafar berjaya mencatatkan pelbagai rekod peribadi. Beliau berkongsi bahawa komited dan dedikasi dalam melaksanakan tugas adalah rahsia kejayaannya.

Menurut Tuan Muzafar, “Anda tidak perlukan pengalaman untuk menjadi ejen takaful. Untuk jadi ejen takaful berjaya, anda perlu komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas.”

Sebelum bekerja di Imtiyaz Consultancy, Tuan Muzafar menyambung pengajian dalam bidang teknologi maklumat (IT) di Multimedia University (MMU). Selepas menamatkan pengajian, Tuan Muzafar bekerja dalam bidang IT iaitu pembangunan laman sesawang dan berakhir dengan programmer di sebuah syarikat GLC.

Tuan Muzafar turut berkata, “Saya mahu melatih lebih ramai perunding takaful untuk berjaya atau lebih berjaya daripada diri sendiri dengan membuka peluang kepada mana-mana individu yang ingin mencari pendapatan sampingan, sukakan cabaran dan mahukan pengalaman baharu untuk berjaya bersama saya.”

Sekiranya anda mahu mencari pendapatan sampingan, sukakan cabaran dan mahukan pengalaman baharu, boleh WhatsApp 018-327 6722.

4. Latihan yang bakal diterima perunding takaful

Imtiyaz Business Kick Off 2020

Imtiyaz Consultancy berjaya memperoleh kejayaan demi kejayaan meskipun baru 10 tahun bertapak dalam industri takaful kerana mempunyai sistem pengurusan agensi yang berkualiti.

Salah satu latihan yang pihak Imtiyaz anjurkan secara mingguan adalah i-Recharge pada setiap Rabu malam. Melalui latihan ini, perunding takaful akan lebih bermotivasi dan bersemangat serta lebih fokus untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai.

Weekly training i-Recharge

Semua perunding takaful baharu akan menerima bimbingan, konsep idea, kelengkapan pemasaran (marketing tools) dan platform yang kukuh untuk anda mengorak langkah dalam industri takaful Malaysia.

Imtiyaz adalah agensi takaful pertama yang mencipta bengkel, acara, latihan dan signature event sendiri iaitu Imtiyaz Business Workshop. Menerusi Imtiyaz Business Workshop, semua peserta dapat bertukar sales idea dan berkongsi pelbagai pendapat dengan satu sama lain dan sekali gus mewujudkan persaingan sihat antara perunding takaful di agensi berkenaan.

Imtiyaz turut mengadakan sesi latihan produk Imtiyaz Foundation Training (IFT) untuk setiap perunding takaful baharu yang baru menyertai agensi berkenaan.

Menerusi sesi latihan produk ini, perunding takaful akan memperoleh maklumat terbaharu dan lebih berpengetahuan tentang produk yang ingin dijual. Mereka juga akan menjadi lebih bersedia untuk menjawab soalan-soalan prospek dan dapat memberikan maklumat secukupnya kepada para pelanggan.

Imtiyaz Foundation Training (IFT)

Antara latihan yang lain akan diberikan oleh pihak Imtiyaz kepada para perunding takaful adalah:

i) Training asas produk takaful percuma

ii) Training presentation percuma

iii) Training teknik closing percuma

iv) Training perancangan kewangan percuma

v) Training follow up percuma

vi) Group support system percuma

vii) Training online dan offline marketing percuma

viii) Ayat skrip closing percuma

ix) Ayat skrip follow up percuma

x) Training cold calling dan telemarketing percuma

xi) Ruang dan tempat bekerja percuma

xii) Training Facebook/Instagram ads percuma

Untuk pengetahuan anda, kelas training akan dibuat secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua latihan yang disediakan pihak Imtiyaz akan membantu anda berkembang sebagai perunding takaful dan mengecapi pelbagai kejayaan dalam industri takaful di Malaysia.

5. Kesedaran takaful semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia

Dengan penularan COVID-19, ramai orang telah mula menyedari kepentingan takaful untuk melindungi diri dan keluarga. Kesedaran orang ramai tentang kepentingan memiliki kad perubatan perlindungan takaful semakin meningkat kerana tiada siapa yang tahu bila musibah akan menimpa dan mereka perlu bersedia menghadapinya.

Untuk pengetahuan anda, konsep perlindungan kewangan takaful sebenarnya boleh digunakan oleh segenap rakyat Malaysia dan bukannya eksklusif kepada orang Islam sahaja.

Terdapat golongan bukan Islam yang tidak cakna dengan kelebihan takaful sebelum ini kerana salah anggap bahawa produk berkenaan hanya boleh diguna pakai oleh umat Islam sahaja tetapi tanggapan itu salah sama sekali.

Dengan jumlah peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan setiap hari, permintaan terhadap takaful semakin meningkat. Atas sebab itu, syarikat insurans dan pengendali takaful seperti AIA Berhad tampil menghulurkan bantuan dengan menawarkan pelbagai pelan perlindungan COVID-19 menyeluruh kepada para pelanggan yang sememangnya dapat membantu meringankan beban anda atau ahli keluarga yang terjejas.

Memandangkan Imtiyaz adalah salah satu agensi yang bernaung di bawah AIA Berhad, berikut adalah pelan perlindungan COVID-19 yang anda boleh terima sebagai pelanggan dan tawarkan sebagai perunding takaful untuk membantu rakyat Malaysia mengharungi pandemik ini. Antara pelan perlindungan yang ditawarkan oleh AIA adalah:

i. Perlindungan Diagnosis COVID-19

Perlindungan Diagnosis COVID-19

Menerusi pelan Perlindungan Diagnosis COVID-19, semua pelanggan yang disahkan positif COVID-19 dan tidak dapat bekerja kerana keperluan kuarantin termasuk pesakit yang menjalani kuarantin di rumah akan menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000.

Pelan ini turut melindungi pesakit yang menghembuskan nafas terakhir kerana COVID-19 di mana pelanggan baharu akan menerima bayaran sekali gus sebanyak RM5,000. Pelanggan sedia ada AIA akan menerima bayaran sekali gus sebanyak RM10,000.

Para pelanggan yang layak akan menikmati perlindungan percuma sehingga 30 September 2021 atau apabila jumlah had tuntutan mencapai RM1.5 juta (mana-mana yang dahulu).

ii. A-Life Medik Famili

A-Life Medik Famili

AIA Public Takaful turut menawarkan A-Life Medik Famili iaitu perlindungan perubatan lengkap untuk anda dan keluarga. Apa yang lebih menarik tentang A-Life Medik Famili adalah anda akan menerima pelan perlindungan ekstensif untuk COVID-19.

iii. A-Life Kasih Famili

A-Life Kasih Famili

AIA Public Takaful turut menawarkan pelan perlindungan hayat A-Life Kasih Famili yang akan melindungi pelanggan dan ahli keluarga mereka sehingga orang dilindungi berusia 70 tahun.

Menerusi pelan ini, pasangan akan mendapat perlindungan sekiranya orang dilindungi menghembuskan nafas terakhir, hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK) atau meninggal dunia kerana kemalangan.

Dengan pelan-pelan perlindungan ditawarkan AIA Berhad, permintaan terhadap takaful di Imtiyaz meningkat berkali-kali ganda apabila masyarakat semakin membuka mata terhadap kesedaran takaful.

Atas sebab itu juga, ramai perunding takaful Imtiyaz sedang meraih kelebihan atas peningkatan permintaan terhadap takaful dan sekali gus memperoleh pendapatan bulanan sehingga RM9,000 setiap bulan.

Oleh itu, Tuan Muzafar menggalakkan lebih ramai individu yang sukakan cabaran dan komited untuk berganding bahu bersama beliau supaya mereka boleh membantu lebih ramai orang di luar sana mendapatkan manfaat perlindungan COVID-19. Pendapatan sebagai perunding takaful akan meningkat berlipat kali ganda apabila kesedaran takaful dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat.

6. Testimoni

Ramai perunding takaful mengesahkan bahawa mereka berjaya membina kehidupan yang lebih baik selepas menyertai Imtiyaz Consultancy.

Baru sahaja dua bulan berkecimpung dalam industri takaful sebagai perunding takaful di Imtiyaz Consultancy, Alice menjelaskan bahawa beliau telah menerima ganjaran percutian ke luar negara iaitu Krabi, Thailand dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Alice turut menjelaskan bahawa beliau telah menerima pendapatan sebanyak RM10,000 setiap bulan walaupun baru dua bulan menjadi ejen.

Bukan sahaja boleh memenangi percutian ke luar negara secara percuma, anda juga boleh membeli rumah dan kereta baharu selepas menjadikan kerjaya di Imtiyaz Consultancy sebagai karier sepenuh masa.

Selain itu, Encik Megat Shazwan Aqif berjaya memiliki sebuah kereta Audi TT selepas melibatkan diri dalam industri takaful sebagai perunding takaful di Imtiyaz Consultancy selama tujuh bulan.

Encik Megat berjaya memiliki Audi TT selepas melibatkan diri dalam industri takaful sebagai perunding takaful Imtiyaz Alfa

Encik Syed Hasan Syed Ahmad dari Imtiyaz Al Mashoor berjaya memiliki sebuah Mercedes Benz C300 Coupe selepas menceburi bidang kerjaya ejen takaful di agensi ini sebagai karier beliau.

Encik Syed berjaya memiliki Mercedes Benz C300 Coupe selepas menceburi bidang kerjaya sebagai perunding takaful Imtiyaz Al Mashoor

Dengan melibatkan diri secara sepenuh masa dalam kerjaya beliau sebagai perunding takaful Imtiyaz Al-Aadiyat, Encik Mohd Shahrizal Mansor berjaya memiliki sebuah rumah Semi-D tiga tingkat di Melawati, Kuala Lumpur.

Encik Shahrizal berjaya memiliki sebuah rumah Semi-D di Melawati selepas menyertai Imtiyaz Al-Aadiyat

Cik Siti Maisarah Mansor berjaya memiliki sebuah kondominium di Melawati selepas menyertai Imtiyaz Al-Aadiyat sebagai perunding takaful.

Cik Maisarah berjaya memiliki sebuah kondominium di Melawati selepas menjadi sebahagian daripada Imtiyaz Al-Aadiyat

7. Cara menceburi bidang kerjaya sebagai perunding takaful

Pastinya di bawah Imtiyaz, anda akan dapat pergi dengan lebih jauh dengan sokongan Tuan Muzafar sebagai ketua pasukan. Anda boleh menjadi perunding takaful secara sambilan atau sepenuh masa.

Pihak Imtiyaz dan Tuan Muzafar sendiri sebagai ketua pasukan akan membimbing anda sehingga berjaya. Sekiranya anda ingin mencari pendapatan sampingan, sukakan cabaran dan mahukan pengalaman baharu, kerjaya ejen takaful di Imtiyaz Consultancy menanti anda.

Bagi yang menetap di Lembah Klang dan berminat untuk menjadi ejen takaful Imtiyaz Consultancy, anda boleh WhatsApp 018-327 6722.

Untuk melihat maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi laman media sosial rasmi Muzafar Shah Mislan:

Instagram: www.instagram.com/muzafarshah.maxx/

Facebook Imtiyaz Elite: www.facebook.com/imtiyazeliteofficial/

Facebook Muzafar Shah Mislan: www.facebook.com/muzafarshah.mislan

Nombor telefon: 018-327 6722

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca