Kesan Tabiat Gigit Kuku Dan Sebab Kenapa Ia Perlu Dihentikan Segera

Gigit kuku merupakan satu tabiat yang sering kali kita lihat dan dengar. Namun, adakah gigit kuku ini tabiat yang baik untuk diri kita?

Jawapannya tidak sama sekali kerana terdapat beberapa kesan yang bakal kita hadapi sekiranya kita terus-menerus menjadikan gigit kuku sebagai satu tabiat dalam kehidupan kita.

1. Menyebabkan jangkitan kuman

Seseorang yang gemar menggigit kuku mudah dijangkiti kuman kerana tangan kita mudah dijangkiti kuman sekiranya kita tidak kerap mencuci tangan dengan sabun.

Lebih membimbangkan lagi apabila ia dapat menyebabkan kulit pada kutikel koyak dan ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Jangkitan pada gigi dan gusi juga boleh berlaku.

2. Menyebabkan sakit perut

Kuku yang digigit kemudian ditelan akan menyebabkan seseorang itu mengalami sakit perut. Hal ini berlaku kerana apabila kuku yang ditelan tersebut mempunyai kuman yang terselit di bawah permukaan kuku, ia kemudiannya akan berpindah ke dalam perut.

3. Dikaitkan dengan penyakit Obsesif Kompulsif (OCD)

Tabiat gigit kuku sedikit sebanyak berkait dengan penyakit obsesif kompulsif atau lebih dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD). OCD ini merupakan satu penyakit yang dikategorikan sebagai tindakan kompulsif yang berlebihan di dalam sesuatu perbuatan seperti tabiat menggigit kuku.

4. Menganggu pertumbuhan kuku

Selain itu, tabiat menggigit kuku secara tidak langsung boleh mengganggu pertumbuhan kuku semula.

5. Mudah dijangkiti penyakit E-Coli

E-Coli adalah bakteria yang sangat berbahaya kerana ia boleh membawa maut. Tangan yang kotor lalu menggigit kuku boleh menyebabkan seseorang itu dijangkiti penyakit E-Coli.

Kesimpulannya, sekiranya anda seorang yang mempunyai tabiat menggigit kuku maka anda perlu menghentikannya kerana ia akan memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan diri anda.

Penulis

  • Siti Hajar binti Badli adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca