“Kesan Air Mani Masih Ada Pada Kemaluan”, Peguam Ini Kongsikan Kisah ‘Sedih’ Dari Mahkamah

Hati ibu bapa mana yang tidak luluh apabila mendapat perkhabaran anak mereka telah pergi buat selama-lamanya dalam keadaan yang menyayat hati. Inilah hakikat sekarang yang perlu diterima dalam persekitaran kehidupan masyarakat yang semakin mengganas dan perilaku manusia yang kejam melebihi sikap haiwan.

Seperti kisah yang dikongsikan seorang peguambela dan penguamcara Aminahtul Marrdiah di laman akaun Twitter mengenai salah satu kes kematian remaja perempuan yang menyedihkan.

Hancurnya hati mak dan ayah bila anaknya keluar rumah dengan wajah gembira pada waktu pagi tetapi bila petang menjelma mak ayah menerima berita anak mereka sudah meninggal dunia. Lagi menyedihkan apabila anak mereka dirogol dan dibunuh. Mayatnya dijumpai dalam longkang dan masih mempunyai kesan air mani pada kemaluannya.

Pelaku dalam kes ini nampak si mati tengah jalan. Selepas itu, pelaku ajak SP4 (saksi utama) ikut si mati. Mereka ikut si mati sampailah di depan sebuah sekolah dan si mati duduk di perhentian bas sekolah tersebut. Pelaku meminta SP4 pergi ke arah si mati tetapi SP4 tidak mahu.

Pelaku kemudiannya pergi sendiri ke arah si mati dan duduk sebelah si mati. Si mati nampak tidak selesa bila pelaku duduk dekat-dekat dengan dia. Si mati pun bangun dan berlari pergi ke pokok berhampiran. Pelaku ajak SP4 kejar si mati tetapi SP4 tetap enggan.

Pelaku terus bangun dan kejar si mati. Si mati ditolak sehingga tersandar pada sebatang pokok. Sebelah tangan pelaku diletakkan dekat batang pokok tadi dan satu tangan lagi digunakan untuk mencekik dan menahan leher si mati ke arah pokok. Tiba-tiba pelaku menarik si mati dan kedua-dua mereka jatuh ke dalam longkang berdekatan.

SP4 pula duduk berhampiran longkang itu lebih kurang 15-20 minit tanpa buat apa-apa, sampailah ada sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berhenti di situ. Kemudian, SP4 terus melintas jalan. Selepas 5 minit, pelaku pun keluar dari longkang tadi seorang diri tanpa si mati.

Si mati ditemui dengan kesan lebam penuh di muka. Lebam ini semua tidak konsisten dengan lebam akibat jatuh. Namun, kesan lebam tersebut berbentuk jari oleh kerana rahang dan muka si mati ditekan kuat dengan menggunakan jari.

Tidak cukup dengan itu, tindakan pelaku yang menghentak si mati dengan objek keras menyebabkan kecederaan di kepala dan si mati tidak sedarkan diri selepas jatuh ke dalam longkang.

Sudahlah di dalam longkang tersebut ada air, pelaku pula menekan muka, rahang dan menghentak kepala si mati sampai pengsan. Paras air di dalam longkang itu sama tinggi dengan kepala si mati menyebabkan si mati meninggal dunia -immersion. Bila mayat si mati di angkat, barulah air longkang tersebut mengalir laju.

Ketika membuat keputusan kes ini, mahkamah mengambil kira bahawa si mati berada dalam ketakutan apabila ditolak ke dalam longkang, ditekan dan hentakan yang dibuat oleh pelaku telah menyebabkan laluan udara si mati tertutup.

Dengan adanya air di dalam longkang yang sama tinggi dengan kepala si mati menunjukkan pelaku tidak peduli langsung dengan akibat pada perbuatan kejamnya ke atas si mati. Tidak cukup dengan itu, pelaku turut merogol si mati. Banyak kesan luka pada bahagian kemaluan si mati di mana kesan luka dan kecederaan itu konsisten disebabkan oleh kemaluan lelaki.

Walaupun pelaku menafikan tindakan merogol, pelaku tidak boleh menjelaskan bagaimana air mani miliknya ada pada kemaluan si mati. Memang tidak dapat disangkal lagi, memang si mati dirogol oleh si pelaku.

Bila si pelaku memberi keterangan, pelaku berkata bahawa dirinya mengekori si mati dan memegang bahu si mati semasa di pokok. Si mati masa itu meronta-ronta apabila dia memegang bahu untuk merogol si mati. Tambah si pelaku lagi, si mati terjatuh disebabkan meronta dan bukan sebab yang ditarik.

Bila sudah jatuh, pelaku menarik kain yang dipakai si mati sehingga ke paras lutut bersama dengan seluar dalam dan masa itu si mati meronta teruk. Pelaku nak masukkan kemaluannya ke dalam kemaluan si mati tetapi tidak jadi disebabkan si mati haid.

Walau bagaimanapun, mahkamah tidak mnerima keterangan pelaku. 15 minit di dalam longkang takkan tengok darah haid saja? Macam mana pula dengan kecederaan di kemaluan si mati? Tidak mungkin terjadi sendiri? Pelaku memang ada peluang yang sangat besar di dalam longkang selama 15 minit untuk rogol si mati sambil menekan rahang dan muka si mati yang meronta seterusnya menghentak kepalanya sehingga si mati pengsan dan lemas di dalam air.

Oleh itu, mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati untuk perbuatan membunuh dan hukuman penjara selama 20 tahun serta 15 sebatan untuk kesalahan merogol si mati. Tiada rayuan untuk kes ini. Kes ni berakhir di mahkamah tinggi sahaja.

Inilah kebenarannya kenapa ibu bapa selalu bertanya dan meminta anak-anak beritahu jika pergi mana-mana. Ramai orang yang beniat jahat di luar sana. Tidak dinafikan juga terdapat ibu bapa yang tidak peduli dengan keberadaan anak mereka. Ibu bapa yang tidak peduli, tolonglah mulakan sikap ambil tahu.

Biar gaduh dengan anak bila kita tanya dia dekat mana, dengan siapa, dah sampai ke belum, pukul berapa balik, dah naik atau tukar train pun kena update. Jangan nanti pihak polis yang update kepada kita bahawa anak-anak sudah tiada, anak cedera atau anak hilang.

Orang ramai juga perlu prihatin. Jangan jadi macam SP4. Boleh tengok dan biar saja pelaku itu. Kalaulah dia ada rasa tanggungjawab, mungkin si mati dapat diselamatkan. Seperti orang yang merekod video untuk diviralkan tetapi tidak ambil apa-apa tindakan segera untuk bantu keadaan pada masa itu.

Perkongsian peguam wanita ini mengingatkan penulis tentang jalan cerita sebuah buku terbitan Lejen Press iaitu Mens Rea karya Fazrin Jamal. Buku ini berkisar tentang seorang gadis berusia 16 tahun yang pernah dirogol di mana dia dipenjarakan kerana dituduh membunuh ibu kandung dan bapa tirinya.

Novel ini mengetengahkan watak utama Sarah, ahli keluarga, peguam dan banyak lagi yang berkisar tentang pembunuhan misteri bapa tirinya iaitu Baharom dan ibu kandungnya Rosnah.

Peguam dan pihak polis turut berteka-teki untuk menyelesaikan kes yang penuh dengan muslihat ini. Jadi, siapakah pembunuh Baharom dan Rosnah? Sudah tentu akan mengundang rasa tidak sangka apabila anda sudah mengetahuinya. Pendek kata, novel thriller ini amat berbaloi untuk dibaca dan dihayati.

Buku Mens Rea telah menerima 4.17 bintang daripada Goodreads dan rata-rata yang membaca buku ini meninggalkan review yang positif. Jadi, anda perlu dapatkan buku Mens Rea ini kerana banyak unsur kejutan dan taktik pembunuhan yang licik menanti anda.

Untuk mengetahui apa sebenarnya kisah buku Mens Rea, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini, Lejen Press mengadakan promosi Merdeka Lejen bermula dari 23 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019 yang melibatkan lebih 100 judul buku-buku terpilih dengan harga serendah RM2!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca