Pada permulaan tahun ini, kita dihebohkan dengan isu merokok di restoran adalah merupakan satu kesalahan. Pihak kerajaan mula mewartakan undang-undang untuk mengharamkan rokok di kawasan restoran. Berita ini juga secara tidak langsung merupakan sebuah kepuasan buat mereka yang tidak merokok kerana berpeluang untuk menghirup udara yang lebih segar.
Namun, disebalik undang-undang yang baharu dijalankan ini, didapati orang ramai tidak menghiraukan amaran ini dan masih bersikap sambil lewa. Terdapat segelintir perokok yang gagal mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan secara tidak langsung menjadi bahan tular di media sosial.
Oleh itu, dalam usaha untuk mengurangkan bilangan perokok di restoran kepada sifar, pihak KKM baru-baru ini telah melancarkan sebuah inisiatif terbaru dimana para pengguna berpeluang melaporkan kesalahan perokok yang merokok di restoran dengan hanya melaporkannya di WhatsApp ataupun secara panggilan.
Cara-caranya adalah:
1. Berkongsi bukti kesalahan
2. Nama restoran
3. Lokasi dan waktu serta WhatsApp pada nombor 0108608949
4. Menelefon secara terus pada talian 0388924530
Seterusnya, para pengguna juga turut berpeluang melaporkan restoran yang tidak meletakkan tanda larangan merokok di premis makanan.
Jadi, buat para perokok di luar sana anda dinasihatkan untuk mengikuti segala undang-undang yang telah ditetapkan sekiranya anda tidak mahu menjadi mangsa aduan yang dibuat oleh masyarakat.
Untuk mengetahui info-info yang lebih menarik. Anda boleh lawati ke telegram Lejen Press serta anda akan memperolehi banyak ilmu yang baharu.