Taylor Lautner menjawab soalan isterinya dalam ‘podcast’ mereka dan ia telah buka semula kisah saat penyesalannya ketika di VMA 2009.
Semalam, Taylor Lautner bincangkan tentang kesihatan mental dan kehidupannya sebagai seorang selebriti dalam ‘podcast’, The Squeeze bersama isterinya, Taylor Dome (Tay).
Di pengakhiran ‘podcast’ tersebut, Tay bertanya, jika diberi peluang pergi semula ke masa silam, saat bila suaminya pilih untuk pergi.
Tanpa ragu-ragu, Taylor jawab yang dia mahu pergi semula ke saat Kanye West malukan Taylor Swift di pentas Video Music Awards (VMA) 2009.
Pelakon filem bersiri, Twilight itulah yang menyampaikan sendiri anugerah video muzik terbaik pada Taylor Swift, kekasihnya pada ketika itu di VMA 2009.
Ketika bekas kekasihnya sedang berucap, Kanye West naik pentas dan ambil mikrofonnya secara tiba-tiba.
“Taylor, saya sangat gembira untuk awak, saya akan biarkan awak habis berucap tapi Beyonce telah hasilkan salah satu video terbaik sepanjang zaman,” kata Kanye.
Menurut dokumentari Taylor Swift, itu adalah kejadian buruk yang membuat dia hampir putus asa dengan industri muzik.
Taylor Lautner ceritakan semula kejadian itu pada isterinya dalam ‘podcast’ dari sudut pandangannya.
“Ketika dia sedang berucap, Kanye lompat ke atas pentas. Saya tak berapa dengar. Saya tak nampak pun wajah mereka.
“Saya hanya sangkakan segala kejadian itu telah dilatih kerana kenapa pula Kanye West mahu lompat ke atas pentas dan ganggu Taylor Swift? Ia seperti tidak masuk akal,” terangnya.
Pelakon filem Abduction itu hanya memberi reaksi gembira ketika kejadian itu berlaku sehinggalah dia melihat sendiri raut wajah Taylor Swift memandangnya dan sedar bahawa kejadian itu bukanlah dirancang.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: