Kes RM42 Juta Dana SRC, Ini Teks Penuh Sumpah Laknat Najib Razak

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melafazkan sumpah laknat di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali semasa diberi peluang untuk bercakap selepas penghujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan.

Dalam ucapannya, Najib menegaskan bahawa dia sama sekali tidak tahu tentang wang milik SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta itu.

“Sebagai seorang Muslim, walaupun saya sudah katakan, izinkan saya mengucapkannya lagi. Wallahi Wabilahi Watallahi, bahawa saya tidak menuntut RM42 juta, saya tidak merancang RM42 juta itu dan RM42 juta tidak ditawarkan kepada saya dan belum ada bukti mengatakan demikian. Hanya itu yang saya mahu katakan,” kata Najib.

Tambah Najib yang berusia 67 tahun itu, sejak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama hampir 10 tahun, pelbagai perubahan daripada segi infrastruktur sehinggalah kepada pendapatan golongan nelayan telah dilakukan.

“Sejak saya memegang jawatan sebagai PM selama sembilan tahun, saya berjaya membawa peningkatan ekonomi negara kepada 5.9 peratus pada 2019. Kita juga melihat pasaran stok meningkat kepada 1,900 point tertinggi dalam sejarah Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE).

Pada pemerintahan saya, pelbagai infrastruktur mega dibina termasuk pengangkutan awam dan perkhidmatan kesihatan awam. Saya juga memastikan golongan sederhana, nelayan, penjawat awam ditingkatkan pendapatan mereka dengan program berskala besar,” ujar veteran politik itu.

“Petronas juga mendapat dividen tunai RM170 bilion tunai dan ia satu pencapaian terbaik untuk Petronas, Khazanah juga, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji juga meningkat dividen mereka ketika zaman pemerintahan saya.

Saya juga bersikap adil kepada masyarakat dengan menghapuskan Akta ISA, sesuatu yang saya tidak diberikan kredit. Ia untuk memastikan negara kita tidak melalui masalah salah guna kuasa. Saya juga mengemukakan cadangan untuk melaksanakan sistem derma politik yang lebih telus tetapi cadangan itu memerlukan sokongan bipartisan. Tetapi pembangkang ketika itu tidak setuju dan cadangan itu tidak dapat dilaksanakan,” tambah Najib.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan Najib Razak, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca