Kes Pukul Anak Angkat, Datuk Aliff Syukri Ditahan Sebelum Bebas Dengan Jaminan Polis

Jutawan kosmetik sensasi, Datuk Aliff Syukri dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pukul anak angkatnya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, polis menahan usahawan berkenaan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Beliau walau bagaimanapun, dibebaskan dengan jaminan polis usai keterangannya diambil.

Menurut laporan, kejadian yang berlaku pada 28 Februari itu terjadi di kediaman usahawan itu sendiri. Sehari selepas insiden, pembantu rumahnya membuat laporan polis sebagai perlindungan diri.

Sebelum ini, tular kes seorang usahawan kosmetik yang dikatakan telah mendera anak angkatnya berusia dua tahun kerana menangis saat dia sibuk merakam video untuk kandungan saluran YouTube miliknya.

Menurut pengadu, usai kejadian itu, suspek ada memanggilnya masuk ke dalam bilik kasut bersama mangsa sebelum mengarahkannya memukul kanak-kanak malang terbabit.

Walau bagaimanapun, pengadu mendakwa dia tidak menurut arahan berkenaan sebelum suspek sendiri yang memukul mangsa menggunakan kasut di badan serta mencubitnya.

Siasatan dilakukan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Untuk membaca artikel lain berkaitan berkaitan penderaan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca