Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia Cecah 2.62 Juta

Kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 2.62 juta setakat awal pagi ini.

Menurut data Johns Hopkins University, pertambahan lebih 80,000 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Sepanyol kini menyertai Amerika Syarikat (AS) untuk berada dalam kelompok negara mempunyai kes positif melepasi angka 200,000 dengan peningkatan melebihi 4,000 kes baharu.

Amerika Syarikat kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan mencatatkan lebih 839,000 kes, pertambahan lebih 25,000 kes baharu.

Sementara itu, Itali dan Perancis pula kini masing-masing mencatatkan 187,000 kes dan 159,000 kes secara keseluruhan.

Manakala Jerman dan United Kingdom (UK) mencatatkan angka positif melebihi 100,000 dengan 149,000 dan 134,000 kes baharu.

Dalam pada itu, Turki mempunyai kes positif sebanyak 98,000 dan dijangka melepasi angka 100,000 dalam beberapa hari lagi.

Jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh daripada virus itu kini melebihi 706,000 di seluruh dunia.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca