Kes Pertama Pulih Koronavirus Di Malaysia, Budak Warga China Disahkan Negatif Wabak

Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan warga China di Langkawi didapati positif Koronavirus (2019-nCoV). Walau bagaimanapun, beliau disahkan telah pulih dan bebas sepenuhnya daripada jangkitan wabak berkenaan.

Kejadian itu menjadikannya kes pertama melibatkan individu disahkan positif Koronavirus yang pulih daripada wabak berkenaan di Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sampel klinikal terhadap kanak-kanak berusia empat tahun itu yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, kini didapati negatif daripada 2019-nCoV.

Jelasnya, sampel klinikal terbabit diambil sebanyak dua kali berturut-turut semenjak mangsa disahkan positif Koronavirus pada tanggal 29 Januari lalu sebelum akhirnya disahkan negatif.

Susulan daripada berita berkenaan, kanak-kanak perempuan yang kini sudah pulih telah dibenarkan pulang ke rumah.

“Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya seperti mana kejadian lain yang dilaporkan berlaku di China.”

“Tanggapan ramai bahawa penyait ini pastinya membawa maut adalah tidak tepat,” katanya.

Menerusi satu kenyataan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan syabas kepada kakitangan Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan rapi sehingga kanak-kanak berkenaan sihat dan dibenarkan pulang.

Terdahulu, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan kes positif kanak-kanak berkenaan bersama dua lagi individu lain pada tanggal 29 Januari lalu.

Menurut laporan, setakat jam 6 petang semalam, terdapat sebanyak 10 kes didapati positif wabak 2019-nCoV di negara ini yang turut melibatkan seorang rakyat Malaysia pertama dijangkiti Koronavirus.

Untuk membaca artikel lain berkaita wabak Koronavirus, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca