Kes Letupan Kereta Di Pandan Indah, Pasangan Suami Isteri Ini Direman 7 Hari

Sepasang suami isteri yang ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes letupan bom buatan sendiri di Pandan Indah, Kuala Lumpur pada Khamis lalu sehingga menyebabkan seorang tukang masak meninggal dunia akan direman selama tujuh hari.

Memetik laporan Berita Harian, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun ditahan di Serdang, Kedah semalam.

Kedua-dua tertuduh kemudiannya terus dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut. Mereka direman bermula hari ini sehingga 10 Januari ini.

Dalam insiden jam 8.50 malam pada 29 Disember lalu, seorang tukang masak di sebuah restoran dekat Pandan Indah menghembuskan nafas terakhir selepas membuka sebuah bungkusan yang diletakkan di atas bonet keretanya.

Sumber: The Vocket

Ia kemudiannya meletup secara tiba-tiba sebelum mangsa mengalami kecederaan serius pada badan dan tangannya. Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.50 malam ketika menerima rawatan di Hospital Ampang.

Daripada siasatan di tempat kejadian, pihak polis telah menemui beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa setakat ini.

Motif insiden masih dalam siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mengambil nyawa seseorang.

Dalam pada itu, pihak polis percaya suspek kejadian letupan berkenaan menggunakan bom buatan sendiri. Ini kerana pihak polis telah menemui objek-objek tertentu di lokasi kejadian yang dipercayai merupakan kandungan untuk menghasilkan bom.

Antara bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah peranti bank kuasa, serpihan pisau pemotong kertas dan bateri. Polis juga tidak menolak kemungkinan bahawa ada lagi bahan-bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan letupan. Walau bagaimanapun, bahan-bahan lain dipercayai mungkin sudah hangus ketika kejadian.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca